Arrow

Unduk Ngadau Peringkat Negeri 2013

Posted by Admin ~ on Monday, 27 May 2013 ~ 0 comments

Peserta akhir Unduk Ngadau Sabah 2013
KOTA KINABALU: Hadiah utama pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri tahun ini bernilai 40,000USD atau kira-kira RM120,000 ditaja oleh Syarikat Star Cruise. Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Peringkat Negeri Joanna Datuk Kitingan berkata hadiah utama itu adalah untuk pemenang pertama hingga ketujuh.

“Selain itu hadiah wang tunai untuk pemenang tempat pertama juga dinaikkan sehingga RM6,000 berbanding RM4,000 pada tahun sebelumnya. “Manakala pemenang Tati Topiod (Miss Natural Beauty) dan Tati Tosuau (Miss Friendly) akan ditaja oleh Diamoney dan Digi akan menaja Unduk Ngadau Popular Kaamatan,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Le Meridien, di sini, pada malam Isnin.

Joanna berkata, pendaftaran peserta Unduk Ngadau 2013 peringkat negeri akan diadakan pada 27 Mei (Isnin) di Hotel Le Meridien bermula jam 8 pagi. Selepas pendaftaran pelbagai program akan diadakan termasuk Sodop Pintutunan, lawatan sambil belajar di Muzium Sabah dan aktiviti amal.

“Sodop Pintutunan (Welcoming Dinner) akan diadakan pada jam 7 malam, 27 Mei untuk merai ketibaan para peserta serta penyerahan sash oleh Puan Sri Genevieve Kitingan. “Pada hari kedua para peserta Unduk Ngadau akan mengikuti program di Muzium Sabah di mana mereka akan diberikan taklimat mengenai pelancongan berasaskan budaya oleh pengarah Muzium Sabah. Ini penting untuk meningkatkan pengetahuan sebelum mereka menyertai pertandingan Unduk Ngadau pada 31 Mei.

“Selain itu ia juga penting untuk para peserta mempelajari “Unduk Ngadau” bukan sekadar gambaran Huminodun seperti dalam Legenda Huminodun tetapi mereka mewakili masyarakat serta daerah masing-masing,” katanya.

Joanna berkata, antara peranan sebagai “Unduk Ngadau” ialah menjadi duta pelancongan kebudayaan di negeri ini. “Oleh itu mereka harus mempunyai pengetahuan mengenai sejarah dan budaya negeri ini. Bagi meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kebudayaan, mereka akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Muzium dan Kampung Warisan Muzium Sabah,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan motivasi dan penampilan diri para peserta yang kebanyakannya gadis-gadis muda dan masih belajar di institut pengajian tinggi, jawatankuasa penganjur turut menjemput seorang penceramah motivasi untuk memberikan motivasi kepada bakal Unduk Ngadau.

“Dalam masa lima hari sebelum pertandingan, mereka akan diadili melalui sikap, personaliti dan kemesraan terhadap orang di sekeliling mereka untuk memilih Tati Topiod (Miss Natural Beauty) dan Tati Tosuau (Miss Friendly),” katanya.

Sodop Unduk Ngadau (Malam Unduk Ngadau) akan diadakan pada 29 Mei. Tiket-tiket berharga RM5,000,RM3,000 dan RM2,000 untuk satu meja kini dijual.

Maklumat lanjut mengenai tiket Sodop Unduk Ngadau, hubungi Teresa Molidu (013-868 6003), Philomena Engsun (019-8624803) atau pejabat KDCA Penampang 088-720337.


The crown for the winner of Harvest Queen in conjunction
with the State Level Harvest Festival 2013 in Sabah.
KOTA KINABALU: Winners of Sabah’s annual harvest festival pageant this year are in for far more attractive prizes, including more expensive custom made tiaras.

The “Unduk Ngadau” or harvest queen would get a tiara worth RM30,000 and other gifts, while runner-up and winners of subsidiary titles would also get jewelry and items such as cash vouchers and jewelry set.

The main prizes, sponsored by Diamoney Global Sdn Bhd, have also been designed to fit the harvest festival history, which also symbolises the importance of padi to the Kadazandusun ethnic groups.

Diamoney chief executive officer Hurbert Ng said the main tiara had been designed with silver and Swarovski Crystal similar to the shape of the padi.

“This is because we want our tiaras to have a meaning to its wearer – and for harvest festival, people celebrate the harvesting of padi,” he said.

The history of the harvest queen goes back to as far as centuries ago, whereby according to the native legend, a young woman named Humi­nodun had sacrificed herself to bring rain and growth of padi to her villagers.
Ng (right) handing over the custom-made tiara, which is to
be presented to the winner of this year’s harvest festival pageant, to Boilis.
Looking on is last year’s Harvest Queen Melinda Louis.
Huminodun also means “the sacrificed one”, and is a legendary icon for Sabah natives who depended mostly on padi plantation during the old times.

In this respect, Sabah Unduk Ngadau competition committee secretary Angeline Boilis said preparations for the event was in its final stage and would be in time for the May 31 Harvest Festival.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers