Gadis periang yang suka ketawa. Pandai menyembunyikan situasi sebenar dengan sikapnya yang suka ketawa. Berdarah campuran, kacukan Cina dan Melayu. Mudah mesra dengan semua orang dan bersikap 'selamber'
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Menyanyi di sekolah
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Menari
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Bermain silap mata
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Bekerja sambilan
Apakah matlamat hidup anda?
Ingin berjaya dalam kehidupan dan mahu mengubah kehidupan keluarga
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Tiada
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Faizal
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Menarik nafas panjang-panjang dan membaca selawat 3 kali
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Mendapat tawaran ke Akademi Fantasia
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Vokal dan Kelas Tarian
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Mendapat kad hijau
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 - 2007
1. Tahun Melawat Malaysia 2007
2. Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K
3. Bencana Tsunami
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menyediakan lebih banyak kemudahan kepada rakyat
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Menaik tarafkan kehidupan penduduk di kawasan tersebut
Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (3 sahaja)
1. Mama
2. Kakak
3. Teman tapi mesra
Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda?
Anak harimau
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Lembu kerana kawan-kawan saya sangat takut dengan lembu
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
1. Suka ketawa
2. Nakal
3. Tidak pernah duduk diam
No comments: