Arrow

PEROGOL BERSIRI? Asal Dari Tambunan, SABAH

Posted by Admin ~ on Monday, 31 March 2014 ~ 0 comments

Semasa sedang membaca info berkaitan MH#370 terbaca pula artikel Berita Harian bertajuk 
Kes rogol, bunuh remaja: Mahkamah arah bela diri 2014/04/01 - 06:36:01 AM Oleh Nik Sukry Ramli |

Temerloh: Mahkamah Tinggi semalam, memerintahkan perogol bersiri, Rabidin Satir atau digelar ‘Rambo Bentong’ membela diri atas tuduhan membunuh dan merogol seorang remaja berusia 17 tahun, lima tahun lalu. 

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. 

Tertuduh memilih memberi keterangan secara bersumpah dari kandang tertuduh dan mahkamah menetapkan perbicaraan Rabu ini. 

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bukti DNA diperoleh dari pakaian dan badan mangsa yang dikemukakan pihak pendakwa adalah sepadan dengan DNA tertuduh. 

Kesan kelaran sepadan 

Selain itu, katanya, kesan kelaran pada bahagian leher mangsa juga disahkan sepadan dengan punca kematian hasil pemeriksaan dijalankan doktor dilantik pihak pendakwa.

Katanya, berdasarkan bukti itu, mahkamah mendapati tertuduh adalah orang terakhir yang berada bersama atau berhampiran mangsa pada hari kejadian. 

Rabidin, 43, dituduh membunuh remaja itu di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong dekat sini, antara jam 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga jam 1.50 tengah hari 8 Mac 2009. 

Tertuduh dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati. 

Rabidin turut menghadapi tuduhan merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(4) kanun sama yang boleh dihukum mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. 

Tertuduh juga penganggur diwakili peguam Richard Bong Chong Fook manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustaffa. 

Pada 5 Februari tahun lalu, Rabidin dihukum penjara berjumlah 115 tahun dan sebatan 50 kali selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub terhadap empat tuduhan merogol dan satu tuduhan melakukan seks luar tabii ke atas empat mangsa berumur antara lapan hingga 17 tahun.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers