PALSU : Video di Lautan Hindi lokasi pencarian MH370
Posted by Admin ~ on
Monday, 31 March 2014 ~
0 comments
Rakaman video selama hampir lima minit, memaparkan gelora Lautan Hindi yang didakwa dirakamkan semasa Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) Pesawat MH370 sebenarnya adalah palsu.
Video berkenaan turut tersebar meluas di laman rangkaian media sosial dan menarik perhatian orang ramai kerana sesetengah daripada mereka mungkin tidak didedahkan keadaan sebenar di Lautan Hindi.
Sememangnya Lautan Hindi merupakan satu kawasan yang paling terpencil dan paling menakutkan di planet bumi disebabkan kedudukannya yang sentiasa dilanda angin kuat dan ombak besar.
Kawasan pencarian MH370 adalah sektor sering dilanda angin paling kuat di selatan Lautan Hindi.
Fakta yang sebenar : Video tersebut telah dirakam oleh Ivan Zakryzhevskiy pada 19 Januari 2013 dalam satu operasi dan pada masa sama berlaku kejadian taufan.
Menurut Zakryzhevskiy, video tersebut telah diambil di Atlantik, Pantai Barat Portugal, kira-kira kira 60-80 batu dan dimuat naik di laman youtube.
Tetapi rakaman video tersebut telah dijudulkan semula dan dimuat naik kembali di laman Youtube dan seterusnya tersebar secara meluas
Berikut adalah rakaman asal dan tarikh video berkenaan mula dimuat naik adalah sekitar Januari 2013.
No comments: