Arrow

Selepas 25 hari Ops Daulat, musuh kini kurang 10 orang

Posted by Admin ~ on Saturday 30 March 2013 ~ 0 comments

LAHAD DATU: Selepas 25 hari Ops Daulat dilancarkan, pasukan kesela­matan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap ber­banding bilangan semasa mula berta­pak di Kampung Tanduo, 12 Februari lepas iaitu kira-kira 200 orang.

“Saya tidak boleh mengatakan ba­hawa musuh tidak ada atau sebalikn­ya… kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang daripada 10 orang,” katanya di Markas Operasi di FELDA Sahabat 16, dekat sini semalam.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas.

Hamza berkata, selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.

Beliau berkata, penduduk Kam­pung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka hari ini.

Bagi penduduk Kampung Tan­jung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing hari ini, manakala pe­milik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat peminda­han sementara. — Bernama

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers