Arrow

Penthouse Bernilai USD $100 Juta paling mahal di US

Posted by Admin ~ on Saturday 30 March 2013 ~ 0 comments


NEW YORK - Penthouse merupakan unit kediaman mewah yang terletak di tingkat teratas sebuah kondominium. Selalunya harga untuk sebuah unit penthouse mencecah ratusan ribu dan boleh mencecah nilai jutaan ringgit.

Pasaran hartanah New York dikejutkan dengan satu unit penthouse bernilai USD $100 juta untuk dijual.

Penthouse premium itu berada di tengah-tengah bandar Manhattan dan mempunyai pemandangan panorama bandar itu. Unit mewah 3 tingkat yang berbentuk oktagon itu mempunyai keluasan 8,000 kaki persegi. Ia mempunyai lif sendiri, ruang beranda yang besar, bilik wain yang boleh menampung 1,000 botol, enam bilik tidur, sembilan bilik mandi dan 135 tingkap. 

Menurut Raphael De Niro, anak Rober De Niro dan pemilik aset eksklusif, mengatakan bahawa unit premium bernilai USD $100 juta itu menawarkan ruang luar kediaman tertinggi di bandar.

Kediaman mewah itu dibeli pada tahun 1993 oleh pemaju hartanah Steven Klar. Klar membeli unit itu dengan harga USD $4.5 juta. Klar mengatakan yang dia akan meletakkan nilai setinggi USD $95.5 juta untuk unit mewahnya itu ketika ditanya mengenai harga pasaran semasa kediaman tersebut.

Klar berkata dia telah menghabiskan sekurang-kurangnya USD $ 5 juta untuk pengubahsuaian, yang mana keuntungannya jatuh kepada USD $90 juta. Tetapi ianya bukanlah tentang wang menurut Klar. Pemaju hartanah itu berkata bahawa dia memutuskan untuk menjual unit mewah itu kerana dia tidak mahu anaknya yang berusia 5 tahun jatuh ke salah satu tingkat kediamannya itu.

Wmur.com melaporkan unit premium bernilai USD $100 juta itu merupakan yang paling mahal pernah dicatat dalam sejarah hartanah New York.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers