Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata majlis pelancaran itu akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
"Kami telah memutuskan untuk mengadakan pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri tahun ini di Kota Belud," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai sambutan Pesta Kaamatan yang dihadiri wakil pejabat daerah dan daerah kecil di Bangunan JKR, Sembulan dekat sini Rabu.
Tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini yang dipilih sendiri Pairin, iaitu Huguan Siou (Pemimpin Agung) bagi masyarakat Kadazandusun Murut, ialah 'Mengekalkan Muhibah dan Persefahaman Menerusi Kaamatan' (Tihombus Piunungan Om Pirotian Maya Kaamatan).
Pesta itu dirayakan pada setiap Mei dan berlangsung selama sebulan dari 1 hingga 31 Mei di seluruh di Sabah. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment