Arrow

Kempen Jom! Kenali Bendera Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia

Posted by Admin ~ on Saturday 30 March 2013 ~ 0 comments

Mengikut statistik, pengguna Malaysia di facebook dianggarkan 13 juta iaitu lebih separuh dari jumlah penduduk Malaysia. Walau bagaimanapun, mungkin statsitik ini kurang tepat jika diambil kira kebarangkalian seorang pengguna mempunyai lebih dari satu akaun facebook.


KAJI SELIDIK PENGGUNA FACEBOOK MALAYSIA

SATU SABAH mengadakan kempen Jom! Kenali Bendera Negeri & Wilayah Persekutuan Di Malaysia. Kempen ini untuk melihat setakat mana pengguna facebook Malaysia kenal bendera negeri sendiri.

SATU SABAH juga telah membuat posting pengertian bendera dan lambang setiap negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia untuk rujukan kepada yang belum tahu.

Diharapkan kempen ini serba sedikit boleh membantu menyampaikan informasi berkaitan bendera dan lambang negeri masing-masing bagi mereka yang belum tahu.

Objektif Kempen

1. Pengguna anda akan tahu siapa rakan senegeri dalam facebook.
2. Menaikkan semangat menghormati dan sayang bendera negeri.
3. Memperkenalkan bendera negeri sendiri kepada rakan dari negeri lain.
4. Mempelajari pengertian struktur bendera serta jata negeri.

# 'like' jika ini bendera negeri anda.
# 'share' jika anda ada jiwa patriotik dengan bendera ini.

PENAFIAN
  1. SATU SABAH tidak berniat untuk menjadikan kempen ini untuk kepentingan page ini.
  2. SATU SABAH tiada galakkan untuk 'like' fan page ini kerana anda boleh 'like' atau 'share' gambar tanpa perlu 'like' page.
  3. SATU SABAH tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk mengadakan kempen ini tetapi sekadar aktiviti biasa para admin untuk mewujudkan aktiviti fan page.
Rujukan Kempen

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers