Arrow

#MH370: Laman Web Jual ‘Tikar Terbang’ RM99,900

Posted by Admin ~ on Monday, 17 March 2014 ~ 0 comments

Siapa sangka, di sebalik kes kehilangan pesawat MH370 yang menggemparkan seluruh negara ada perkara lain yang tiba-tiba mengalih tumpuan masyarakat dunia terhadap Malaysia.

Gara-gara ritual pelik dilakukan bomoh Ibrahim Mat Zin di KLIA tempoh hari ketika media asing turut berada di sana, perkataan “bomoh” menjadi trending seluruh dunia apabila ia ditwit lebih daripada 200,000 kali.


Bagaimanapun menurut laporan BBC, kebanyakan status Twitter mengenai bomoh memperkatakan tentang tindakan itu telah memalukan Malaysia.

Twit-twit berkenaan merupakan respon terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang muncul sebanyak dua kali di KLIA, selepas mendakwa dirinya dijemput individu tertentu untuk membantu mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.

Antara aksi Ibrahim yang mendapat tumpuan ramai adalah mengenakan jampi menggunakan kelapa, teropong buluh dan bubu yang didakwanya  dapat mengesan kedudukan pesawat.

Tak cukup dengan itu, Ibrahim kembali muncul dengan ‘tikar terbang’ dan buah kelapa dua hari kemudiannya.



Susulan liputan meluas tentang Ibrahim, banyak aksi parodi mula muncul di laman siber bagi mengejek perbuatannya.

Bukan itu sahaja, sebuah laman web parodi Bomoh Gadgets Malaysia yang menjual peralatan berbomohan turut diwujudkan.



Antara yang ‘dijual’ di situ adalah tikar terbang berharga RM99,900 selain bubu, payung dan rotan buluh.

Gara-gara Nujum Do Re Mi "Bomoh" Trending Di Twitter

Erm, kalau bab-bab parodi ni memang gigih sungguh rakyat Malaysia kan.

Apa pun, diharapkan perkara sebegini tidak melencongkan tumpuan kita terhadap nasib pesawat MH370 yang masih memerlukan doa seluruh rakyat Malaysia untuk ditemui semula. – REM RAMZI MYNEWSHUB

Sumber

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers