Arrow

POLIS SAHKAN CINANG MATI LEMAS, DIROGOL

Posted by Admin ~ on Monday, 13 May 2013 ~ 0 comments

Shah Alam - Polis mengesahkan mayat kanak-kanak malang, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor atau Cinang, 11, yang ditemui mati di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, Klang minggu lalu dipercayai lemas dan dirogol.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohammad Md Yusop berkata, teori yang mengatakan mangsa dicekik dan kemaluannya dijolok tidak benar sama sekali.

“Siasatan mendapati mangsa lemas. Ada pendarahan di bahagian kemaluannya dipercayai dirogol. Walaupun kita menemui penyodok tanah di kawasan berhampiran, namun kemaluan mangsa tidak dijolok dengan alat itu. Mangsa hanya dirogol. Laporan perubatan sepenuhnya masih tidak diperoleh,” katanya.

Sebelum ini, dua penjenayah lelaki berusia 19 dan 24 tahun ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers