Arrow

Proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai - Najib

Posted by Admin ~ on Wednesday, 10 April 2013 ~ 0 comments

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calonya bagi Pilihan Raya Umum ke-13 dalam tempoh beberapa hari lagi, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, ini disebabkan proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai. 

"...belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. 

Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, proses pemilihan dan pembahagian kerusi untuk PRU-13 akan mengambil kira keputusan pilihan raya umum 2008 dan keadaan demografi semasa di setiap kawasan bagi menjamin kemenangan parti.

"Pada asasnya, kita gunakan pencontoh 2008 dengan sedikit penyesuaian mengikut keputusan pilihan raya umum 2008...bagaimana BN hendak kukuhkan peluang untuk menang," katanya. 

Selain itu, Najib berkata calon yang dipilih itu dapat membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon, selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN. 
"Kita ada mainstream (parti), (sayap) Wanita, Pemuda dan Puteri...masing-masing pun ada kehendak. Kita terpaksa mengambil kira pertimbangan keseluruhan supaya keputusan bersifat seadil mungkin," katanya.

Ditanya mengenai kriteria calon boleh menang BN, Najib berkata peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan calon parti itu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - Bharian

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers