Presiden Rusia Vladimir Putin kelihatan terkejut kerana beliau berhadapan dengan kumpulan penunjuk perasaan topless wanita di Jerman semalam (8/4/13). Kejadian itu berlaku ketika Putin melawat pameran perdagangan di Hanover dengan Canselor Jerman Angela Merkel.
Vladimir Putin sebelah kiri
Salah seorang penunjuk perasaan wanita yang tak berbaju cuba mendekati Putin tapi dia dihalang oleh pengawal. Dibelakang wanita itu tertulis perkataan lucah yang dituju kepada Presiden Rusia itu.
Tetapi Putin tersenyum melihat bantahan itu dan berkata 'Bagi tindakan itu, saya suka.'
'Anda harus berterima kasih kepada perempuan itu, mereka membantu anda membuat pameran itu lebih popular.' kata Putin
Aktivis-aktivis yang menanggalkan pakaian itu mengetengahkan pelbagai isu, termasuk hak-hak wanita, kebebasan akhbar dan keganasan rumah tangga telah diseret dari premis itu oleh pengawal keselamatan.
Kumpulan penunjuk perasaan sambil berbogel itu dikenali sebagai Femen, kumpulan itu kini mempunyai ahli seramai 150,000 di seluruh dunia sejak ia bermula pada 2008.
Daily Mail
No comments: