Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR
norsyariza.tahir@kosmo.com.my
JAMES bergambar di hadapan pesawat Cessna yang akan digunakan untuk melakukan penerbangan mengelilingi dunia di Subang semalam.
SUBANG – Juruterbang muda, Kapten James Anthony, 22, bakal memulakan misi untuk mencipta rekod dengan melakukan penerbangan mengelilingi dunia dalam masa 50 hari bermula hujung bulan ini.
Menurut James, ekspedisi anjuran Persatuan Juruterbang Muda Malaysia, Majlis Belia Felda Malaysia dengan kerjasama 1M4U itu akan terbang sejauh 22,000 batu nautika meliputi 20 negara termasuk ASEAN, Rusia, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Arab Saudi, Itali, Perancis dan United Kingdom.
“Saya berasa teruja kerana ingin mengharumkan nama Malaysia selain memperbaiki rekod yang telah dicatatkan pada penerbangan solo pertama saya tahun lalu iaitu dari United Kingdom ke Bangkok, Thailand sejauh 13,803 batu nautika,” katanya pada sidang akhbar Projek 1Malaysia Mengelilingi Dunia di sini semalam.- Kosmo
No comments: