Arrow

GEMPAK sedia ‘berperang’

Posted by Admin ~ on Sunday, 7 April 2013 ~ 0 comments

“Kita sudah bersedia untuk ‘berperang’ dengan Pakatan Pembangkang bagi mendedahkan taktik kotor mereka memfitnah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang (GEMPAK) yang dilancarkan hari ini (semalam) akan menjawab penipuan itu dengan fakta dan bukti yang lengkap,” kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, melalui gerak kerja GEMPAK itu, Pemuda BN akan menggunakan semua saluran kempennya bagi mengedarkan risalah termasuk bahan multimedia yang menunjukkan fitnah pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Jelas beliau, bahan itu mendedahkan cara penipuan dilakukan Pakatan Pembangkang dengan memalsukan dokumen, menipu imej, lagak biadab dan bongkak serta Janji Mungkiri Janji (JAMUNJI) yang tidak ditunaikan kepada rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

“Sekarang ini, musim kempen positif pembangkang sudah selesai dan kita jangkakan mereka akan buat kempen negatif untuk menjatuhkan imej kerajaan di mata rakyat dengan membuat pelbagai fitnah.

“Sebab itu, kita sudah kumpulkan segala bukti ftnah mereka itu dalam GEMPAK supaya ia dapat disampaikan dengan lebih sistematik kepada rakyat melalui fakta dan bukti untuk mereka menilainya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran GEMPAK di Ibu Pejabat UMNO di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Kah Siong.

Khairy berkata, bahan bukti fitnah pembangkang itu akan diedarkan kepada seluruh jentera Pemuda BN di seluruh negara selain dimuat naik melalui Facebook (FB), Twitter dan blog. - myMetro

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers