Arrow
  03 Jun

BREAKING NEWS

Saksikan siaran langsung Olimpik 2012 melalui Youtube

Klik imej untuk ke Saluran Olimpik YoutubeSaksikan siaran secara langsung di internet melalui Youtube. Apa yang menarik ialah semua permainan/acara mendapat liputan dan terpulang kepada anda untuk memilih apakan acara yang ingin ditonton. Jom! terus sahaja ke saluran olimpik di Youtube. [...]

Gambar Adira terbaru yang putih

Peminat Adira AF pastinya ingin melihat gambar terbaru Adira kan. Inilah gambar terbaru Adira yang putih melepak. [...]

[Wayang] The Raid: Redemption (2012)

 The Raid: Redemption | Serbuan Maut (2012)Genre: Action | Crime | ThrillerStars: Iko Uwais, Ananda George and Ray SahetapySubtitle: English HardsubSinopsis:As a rookie member of an elite special-forces team, Rama (Iko Uwais) is instructed to hang back during a covert mission involving the ext [...]

[Movie] Kehormatan di Balik Kerudung

Sinopsis:Syahdu adalah wanita yang berhati mulia namun keras hati. Ia tinggal bersama ibunya serta adiknya, Ratih. Meskipun mereka hidup dalam kesederhanaan, Syahdu sangat mencintai keluarganya. Suatu ketika Syahdu berniat mengunjungi kakeknya yang tinggal di daerah lain. Dalam perjalanan dengan ke [...]

Kau Buyuk Aku | Akustik Ballad + Keroncong. Percubaan mengetengahkan loghat Sabahan

Lagu ini sengaja dibuat menggunakan loghat Sabahan dengan genre gabungan ballad dan keroncong untuk menguji sejauhmana kesesuaian loghat Sabahan dalam lagu ballad atau sentimental. Kebanyakan para pengiat seni suara tidak berani meletakkan loghat ini dalam bentuk yang lain selain yang ala-ala Sabah [...]

Mekanik rogol anak tiri dipenjara 15 tahun, rotan

4th July, 2012KOTA KINABALU: Seorang mekanik berusia 34 tahun dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dikenakan satu sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun.Hakim Ismail Brahim, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas [...]

Nik Aziz ucap tahniah atas cadangan hudud Umno

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Umno atas cadangan seorang ADUN parti itu di Johor untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas semua rakyat, termasuk bukan Islam."Tahniah Umno. Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini," kata Nik Aziz seperti dipeti [...]

Norizs Rizs aktif lakukan aktiviti riadah dan rekreasi

Norizs suka aktiviti lasakGAYA HIDUP SIHAT ... Melakukan aktiviti lasak seperti memanjat permukaan tembok selain aktiviti rekreasi yang mencabar kekuatan mental dan fizikal baru-baru ini membuatkan Norizs Rizs semakin cenderung menceburi sukan baik juga untuk kesihatan itu. Bertempat di Kota Kinaba [...]

SABAH

Status 1.7 juta pemohon BR1M diketahui minggu depan: Ahmad Husni

16th March, 2014 IPOH: Seramai 1.7 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang masih dalam senarai semakan akan mengetahui stat...

Ibu teman wanita pembantu juruterbang MH370 orang Sabah

#MH370 : Air Asia Beri Nadira Cuti SebulanPembantu juruterbang pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid, 27 tahun yang hilang bersama-sama dengan pe...

MALAYSIA

Puaka Gua Tempurung sebabkan kematian Karpal, dakwa Raja Bomoh

KUALA LUMPUR: Selepas berusaha membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang hilang  lebih sebulan, lelaki yang mengelar dirinya sebagai '...

Siapa bocorkan operasi?

Ipoh: Operasi menahan pendatang asing tanpa izin yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk kegiatan maksiat menerusi Ops 6P Fasa III...

Clicking moves left
Hiburan

Ampai-ampai crew kembali digemari

Ady Maldin - Boss KKFMTernyata keputusan Ady Maldin guna semula formula Ramlix di Ampai-A...

Zackiddin, Airis dan Leo - Hanya Aku (Hyper Act) Full version

Zackiddin bintang kecil 2013, Airis & Leo geng paling manang cover lagu Hanya Aku unt...

Muzik-Muzik 28 (MM28) 2013

Muzik-Muzik 28 telah diumumkan dan dijadualkan bersiaran di TV3 pada setiap sabtu jam 5:0...

Akhirnya penyanyi parody 'sayang' Shae dikesan

Nama sebenar beliau adalah Bobo dan beliau dikatakan memang gemar melakukan miming dan be...

Pendedahan pengkhianatan kepada P. Ramlee

Panas : Video History Channel Bongkar P Ramlee Dikhianat Bangsa Sendiri. Artikel ini tida...

Lisa Surihani Kongsi Gambar Sewaktu Kecil

Saling tak tumpah Lisa Surihani persis ibunya, Siti Amira Ahmad. Dari kecil lagi Lisa nam...

Reaksi Nikita Willy Berkenaan Tersebarnya Gambar Berpelukan

Artis sinetron Nikita Willy ketika memberikan penjelasan kepada  media tentang terse...

Ada Sebab Saya Pakai Baju Seksi Tu…’ Erin Malik

Erin MalikKUALA LUMPUR – Pelakon muda wanita yang mencetuskan kontroversi beberapa minggu...

Stacy bangga dengan 'kelebihan' diri

KELINCAHAN bintang kelahiran Akademi Fantasia musim keenam ini (AF6) tatkala beraksi di p...

Aizat dan Zee Avi intim?

Penyanyi yang memenangi Juara Lagu yang lalu, Aizat mengakui yang dirinya kini sedang rap...

[Video Pilihan] Dont You Remember ( adele cover ) - Ridah feat Richado Tawith

Dont You Remember ( adele cover ) - Ridah feat Richado Tawithjamming / practice session f...

Gambar Adira terbaru yang putih

Peminat Adira AF pastinya ingin melihat gambar terbaru Adira kan. Inilah gambar terbaru A...

Lirik lagu Kau Buyuk Aku

Lihat video di YoutubeKau Buyuk AkuIndada sudah harapankuLepas ku nampakKau di 1B sama di...

[Video] Marsha kena peluk

Marsha dipeluk dalam video di bawahPemaparan video ini bagi 1Sabah ini adalah satu senari...

[Movie] Kehormatan di Balik Kerudung

Sinopsis:Syahdu adalah wanita yang berhati mulia namun keras hati. Ia tinggal bersama ibu...

Clicking moves right
Pelancongan

Penculikan pelancong China di Semporna oleh lelaki bersenjata (03/04/2014)

Berita Terbaru : Seorang Warganegara China dan kakitangan resort dikatakan telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali dari Singamata Water Resort di Semporna, Sabah, Malaysia Timur di mana sekumpulan 60 pelancong Cina tinggal, pada 2 April, pada kira-kira 10.30 malam. Pelan...

02 Apr 2014 / 0 comments / Read More
Sosial

Lagi Kes Budak Sekolah Bergaduh

LEPAS satu, satu kes melibatkan pergaduhan di kalangan pelajar sekolah kita yang tersebar dalam internet.Selepas kes pelajar wanita dan lel...

Wanita separuh bogel sorok dalam almari

Gambar HiasanKuala Lumpur: Seorang wanita berpakaian separuh bogel ditemui sedang menyorok dalam sebuah almari pakaian sebuah bilik unit pa...

Pelajar Tingkatan 4 disyaki berzina

LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah...

Tiduri 30 lelaki kenalan Facebook

Gambar HiasanUsianya baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di facebook. Hanya m...

Akibat desakan hidup, wanita jual diri, suami jual isteri

Posted by Admin ~ on Friday, 12 April 2013 ~ 0 comments


Wanita-wanita di kem pelarian terpaksa melacur diri
kerana desakan hidup

Di sebalik khemah pelarian Syria berselerak dan berdebu, muncul seorang wanita muda memakai tudung serba putih. "Masuklah, anda akan berseronok dengan saya," kata Nada, 19, wanita yang melarikan diri dari selatan sempadan bandar Daraa ke dalam Jordan, bulan lalu.


Bapanya berpakaian tradisional Syria dan berjanggut panjang, hanya berdiam diri sambil duduk di bawah terikkan mentari. Nada (bukan nama sebenar) memperdagangkan dirinya pada harga AS$7 (RM23) sejam atau AS$70 (RM230) sehari.

Selang beberapa khemah, seorang tukang gunting Syria baru sahaja kembali dari bandar Idlib, menawarkan lelaki lain untuk meniduri isterinya. "Awak boleh bersama dengannya untuk sepanjang hari hanya dengan bayaran AS$70 sahaja," katanya yang dipetik daripada laporan AP.

Lelaki yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, disebabkan kesempitan hidup dan terpaksa menghantar wang perbelanjaan kepada ibu bapa mertuanya di Syria, dia terpaksa menjual isterinya.

"Saya perlukan sekurang-kurangnya AS$200 (RM600) sebulan untuk dihantar ke kampung halaman," katanya.

Keadaan itu juga didorong penambahan angka pelarian Syria ke Jordan sekali gus memaksa penghuni di kem pelarian mencari alternatif kelangsungan hidup.

Kem terlalu sesak

Seorang wanita penghuni Kem Zaatari
mengendong anaknya
Sejak tercetusnya konflik menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, hari demi hari kem pelarian yang dibina di pinggir Jordan untuk pelarian Syria sesak dengan penghuni. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, keadaan lebih buruk lagi apabila ekonomi negara itu kini musnah hingga memaksa jutaan rakyatnya mendapatkan bantuan di negara jiran.

Setakat ini, lebih 418,000 rakyat Syria mendapatkan perlindungan di Jordan yang mana seramai 50,000 dicatatkan memasuki negara itu pada Februari lalu sekali gus menjadi jumlah terbesar aliran masuk bagi tempoh sebulan pada 2013

Berikutan itu, kehidupan yang mendesak ditambah pula dengan kesesakan dalam kem perlindungan tidak memberi banyak pilihan terhapad penghuni wanita hingga terpaksa melacurkan diri. Malah, ada yang dipaksa melacur oleh ahli keluarga sendiri termasuk suami.

Sebahagian pelarian wanita pula amat mudah membenarkan diri mereka dipergunakan bapa ayam bagi memerangkap pedagang haram untuk mendapatkan duit bagi menampung keluarga masing-masing.

Di satu sudut paling hujung dalam kawasan kem pelarian itu, seramai 11 pelacur berpakaian seperti wanita Syria berkumpul sambil menantikan pelanggan. Bercakap kepada pemberita antarabangsa, mereka akur dengan kehidupan dan terpaksa bersembunyi daripada pihak berkuasa Jordan yang amat tegas kepada aktiviti pelacuran.

"Tolong jangan dedahkan nama sebenar kami. Jika pihak berkuasa Jordan mengetahui aktiviti ini pastinya kami akan dimalukan dan dikenakan hukuman," kata salah seorang wanita itu.

Jordan merupakan salah sebuah negara Islam yang menentang keras pelacuran dan si pelakunya akan dihukum penjara tiga tahun jika dibuktikan bersalah.

Malah, lelaki dan wanita asing yang turut terlibat dalam kancah itu akan dihantar pulang negara asal. Majoriti 11 wanita ini mengaku terpaksa melacur kerana kesempitan hidup dan amat memerlukan wang.

Ramai anak tidak berbapa dilahirkan di kem
pelarian akibat pelacuran
Sementara itu, jurucakap polis Jordan mengesahkan terdapat sebilangan besar wanita Syria melakukan pekerjaan sebagai pelacur dalam negara itu.

"Bulan lalu, polis tempatan menahan 11 pelacur dan lapan daripadanya adalah warga Syria dalam satu serbuan di sebuah kedai kopi di Irbid. Masalah ini semakin menular selepas kem pelarian sesak," katanya.

Tandas kem pusat pelacuran

Ratusan pelarian Syria yang menghuni kem Zaatari dalam Jordan mengadu mengenai aktiviti pelacuran yang mengganggu masyarakat di situ. Selain berhadapan dengan tindakan catuan makanan dan kesesakan dalam khemah, kemudahan tandas juga terpaksa dicatu.

Penjaga kem berasal daripada Daraa, Mohammed Abu Zureiq, 50, mendedahkan saban malam, tandas yang disediakan PBB di kem berkenaan menjadi rumah pelacuran.

"Setakat ini, semakin ramai wanita di kem ini melahirkan bayi yang tidak disahkan siapa bapanya. Jiran saya baru-baru ini telah menjual anak perempuannya kepada seorang pemuda Arab Saudi pada harga AS$2,000 (RM6,000) demi wang," katanya.

"Baru-baru ini, kira-kira 300 pelarian merusuh selepas tersebarnya khabar angin mengatakan pengawal kem Jordan telah merogol seorang pelarian wanita," katanya.

Tambah beliau, dalang penularan aktiviti pelacuran dalam kem pelarian Syria masih belum dikenal pasti namun, mereka tidak menolak ia berpunca daripada pengawal polis Jordan yang berfungsi sebagai pengantara pelacur dengan pelanggannya. - Sinar Harian

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers