Bahangnya kian terasa, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru-baru ini telah melancarkan satu laman web khas sempena PRU ke-13 ini.
Dengan wujudnya laman web khas sempena PRU ke-13 ini menunjukkan bahawa tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir.
Melalui laman web tersebut, ianya menawarkan segala informasi yang berguna mengenai sistem pilihanraya seperti, kenyataan media dan pengumuman penting daripada pihak SPR sendiri. Laman web tersebut turut menyediakan sistem semakan daftar pengundi bagi membantu para penggundi untuk melihat sama ada mereka layak atau tidak untuk mengundi. Terdapat juga sistem peta laman mengundi diamana, para pengguna boleh melihat kawasan kerusi DUN dan Parlimen yang dapat membantu didalam pembuangan undi nanti.
Golongan belia adalah antara golongan yang terbesar yang bakal mengundi didalam PRU 13 nanti. oleh itu dengan wujudnya laman khas untuk PRU ke-13 ini ianya dapat membantu sedikit sebanyak didalam memberikan maklumat penting bagi belia yang buat pertama kalinya layak untuk mengundi.
Diharap dengan wujudnya laman khas ini dapat memberikan sedikit penjelasan mengenai beberapa kekeliruan mengenai sistem Pilihanraya di negara kita ini. Untuk ke laman khas PRU 13 ini sila ke capaian berikut: laman web rasmi untuk PRU13 di http://www.pru13.gov.my/
No comments: