Arrow

Terminal Bas Wawasan Ditutup

Posted by Admin ~ on Thursday 14 March 2013 ~ 0 comments


MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DAN PENUTUPAN TERMINAL BAS WAWASAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN 1MALAYSIA KOMUNITI PERWANI DAN 1MILLION WOMEN PURPLE WALK 2013 PERINGKAT NEGERI SABAH

KOTA KINABALU: Orang awam adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah akan mengadakan Majlis Pelancaran 1Malaysia Komuniti PERWANI dan 1Million Women Purple Walk 2013 Peringkat Negeri Sabah pada 17 Mac 2013 (Ahad) di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu (bertentangan Hotel Promenade) bermula pukul 8.00 pagi. 
  
Beberapa jalan raya akan ditutup mulai pukul 5.00 pagi bagi memberikan laluan kepada perarakan ini yang bermula dari Dataran Bandaraya melalui Jalan Tun Fuad Stephens, Jalan Centre Point, Jalan Coastal, Jalan Wawasan dan kembali semula ke Dataran Bandaraya. 
  
Jalan Centre Point, Jalan Coastal dan Jalan Wawasan akan dibuka sepenuhnya kepada orang awam pada pukul 10.30 pagi iaitu selepas acara berjalan kaki selesai. Manakala Jalan Tun Fuad Stephens akan dibuka sepenuhnya kepada orang awam pada pukul 12.00 tengahari.  

Sementara itu, Jalan Tun Fuad Stephens juga akan ditutup semasa sesi raptai pada 16 Mac 2013 (Sabtu) dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari. 
  
Dalam pada itu, Terminal Bas Wawasan turut akan ditutup secara sementara pada hari sebenar, bermula pukul 5.00 pagi hingga 10.00 pagi, untuk digunakan sebagai tempat berhimpun para kontinjen perarakan. 

Sehubungan dengan itu, semua pengusaha bas akan menurun dan mengambil penumpang di pondok-pondok perhentian bas dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan kembali semula ke pengkalan masing-masing sepanjang tempoh penutupan tersebut. 
  
Manakala, bas jarak jauh (19A, 19B dan 19C) akan menggunakan lot-lot kereta awam berhampiran dengan Terminal Sementara Jalan Padang.
    
Bagi mengurangkan ketidakselesaan, pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk mengikuti arahan anggota keselamatan serta papan tanda keselamatan dan menggunakan jalan alternatif. 

Kenyataan dikeluarkan oleh:

NORSARAHANA ZAKI
Bahagian Perhubungan Awam
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Sumber : DBKK

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers