Arrow

Muzium Negeri Sabah

Posted by Admin ~ on Friday, 15 March 2013 ~ 0 comments


Bangunan ini terletak di atas sebuah anak bukit yang bersilang kedudukannya dengan Hospital Ratu Elizabeth. Muzium yang tersergam indah ini merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di Sabah. Kompleks bangunan yang dibina pada tahun 1985 ini, mengandungi Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam.

Di dalamnya terdapat pelbagai galeri yang menempatkan antaranya Sejarah Semula jadi, Tembikar, Etnografi dan pameran Arkeologi.

Tembikar, senjata tradisional dan busana mencerminkan kepelbagaian budaya negeri ini dan menyusur galurkan perhubungan dagang terawal antara Sabah dengan negara jirannya di Asia Tenggara dan China. Muzium ini juga menempatkan instrumen muzik, dan peralatan ritual.

Dalam kawasan Muzium juga terdapat Kampung Budaya. Anda dapat memasuki dan menyaksikan sendiri kepelbagaian rumah tradisional daripada pelbagai kumpulan etnik suku kaum di Sabah. Kegiatan kebudayaan juga turut diadakan dari semasa ke semasa.

Muzium Negeri Sabah terletak di Jalan Bukit Istana Lama, Kota Kinabalu, 4 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dari pusat bandar raya

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers