Arrow

It's not Malaysia developed Sabah - Jacel

Posted by Admin ~ on Sunday, 10 March 2013 ~ 0 comments


Jacel
"Sulu Sultan did not abandoned Sabah. The Lease agreement signed Between the Sultan of Sulu and the British North Borneo is to Develop Sabah using the British Technology. The Success and Development which what's in Sabah now is the effort of the Sulu Sultan and must be given credit. it's not Malaysia developed Sabah from the very start but the Sulu Sultan through a lease agreement with the British North Borneo to Develop Sabah and must invest in Sabah (North Borneo)" - Princess Jacel H. Kiram

Kenyataan daripada Jacel di laman sosial facebooknya bahawa bukan Malaysia yang membangunkan Sabah tetapi Sultan Sulu melalui perjanjian pembangunan Sabah antara Sultan Sulu dan  British.

Sila klik sini untuk melihat kenyataan tersebut.

Kenyataan Jacel di laman facebooknya

Sulu tiada hak ke atas Sabah berdasarkan keputusan tuntutan di ICJ, kata Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Kesultanan Sulu tidak mempunyai hak untuk menuntut Sabah kerana keputusan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memihak kepada Putrajaya apabila berlaku pertindihan tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan dengan Jakarta yang diputuskan pada tahun 2002.


Menurut naib presiden Majlis Peguam Christopher Leong, keputusan itu sekaligus mengiktiraf Sabah dan pulau-pulau disekitarnya sebagai sebahagian dari Malaysia.

"Jika kita merujuk perkara sebelum ini, Kesultanan Sulu, dalam tindakannya dari 19 April 1851 hingga 26 Jun 1946 telah melepaskan hak, kepentingan dan penguasaannya terhadap Borneo Utara, atau kini dikenali sebagai Sabah," kata Leong dalam sidang media yang ditulis di laman web Majlis Peguam hari ini.

Menurut Leong, terdapat banyak perjanjian, di antaranya perjanjian antara Kesultanan Sulu dan Sepanyol pada 19 April 1851, dan disahkan oleh Protokol pada 22 Julai 1878 sebagai menjadi sebahagian dari jajahan Sepanyol.

Kemudian, British, Sepanyol dan Jerman telah menandatangani satu perjanjian menentukan sempadan masing-masing 7 Mac 1885, di mana Madrid melepaskan semua jajahannya di Borneo kepada London, yang bagaimanapun ditadbir Syarikat Borneo Utara British (SBUB).

Borneo Utara, yang kini sebagai Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu, yang kemudiannya dipajakkan kepada Baron von Overback dan Alfred Dent, yang membentuk SBUB, sehingga 26 Jun 1946, setahun selepas tamat perang dunia kedua, di mana syarikat tidak mampu untuk membangunkan semua prasarana dan diserahkan kepada kerajaan British.

British, pada 9 Julai 1963 menandatangani perjanjian dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyerahkan Borneo Utara, Sarawak serta Singapura untuk menyertai Malaysia, selepas Suruhanjaya Cobbold mendapati penduduk di kawasan tersebut mahu menyertai Malaysia, yang kemudiannya dibentuk pada 16 September 1963.

Pulau Sipadan dan Ligitan adalah dua pulau bertindih di timur laut Sabah, di Laut Celebes yang hampir dengan sempadan Indonesia-Malaysia.

Dalam masa sama Leong juga mahu anggota keselamatan negara untuk menguruskan keselamatan di samping terus komited dengan hak asasi manusia dalam situasi di Lahad Datu.

Majlis Peguam juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam menangani penceroboh di Lahad Datu. - TMI

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers