Sejarah Bermulanya Karier DayangNorainisebagai Penyanyi
Dayang Noraini secara luarannya adalah seorang yang lincah, periang dan suka mengusik rakan-rakannya. Sebagai anak bungsu di dalam keluarga, sikap keanak-anakannya memang sudah difahami oleh semua yang mengenalinya.
Semenjak dari usia seawal 3 tahun, beliau telah didedahkan dengan program televisyen berbahasa Inggeris oleh ayahnya, atas sebab ingin menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dan memahirkan diri dari peringkat awal lagi. Filem-filem Inggeris, program bersiri semuanya di dalam bahasa tersebut. Tanpa disedari, beliau lebih cenderung memilih program yang bercorak muzikal. Antara program yang sangat diminati adalah, ‘The Donnie and Marie Osmond Show’ dan ‘Sha Na Na’.Dengan mudah, DayangNoraini mampu menyanyikan semula lagu-lagu yang dinyanyikan setelah mendengar dan menonton lagu-lagu yang didengarinya dengan baik sekali.
DayangNoraini membesar seperti kanak-kanak lain. Semasa di sekolah rendah, beliau memang suka menyanyi dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam aktiviti-aktiviti kesenian. Pernah semasa berada di dalam darjah 5, beliau masuk bertanding secara curi-curi tanpa diketahui oleh keluarga kerana takut mendapat halangan. Ketika itu, lagu ‘Dia’ oleh Sheila Majid menjadi pilihan dengan diiringi gitar tong yang dimainkan oleh tukang kebun sekolah tersebut.
Di sekolah agama, beliau sering dipilih sebagai penyanyi solo bagi kumpulan nasyid mewakili sekolahnya. Pembabitan beliau sebagai penyanyi solo kumpulan nasyid adalah secara kebetulan, apabila sering ‘mengintai’ kumpulan yang sedang berlatih bagi pertandingan yang akan berlangsung. Suara beliau yang ‘terlebih kuat’ telah didengari oleh jurulatih kumpulan tersebut. Jurulatih tersebut seterusnya mempelawa DayangNoraini yang baru berumur 9 tahun menyertai kumpulan tersebut. Dari hari itu juga, beliau telah dipilih menjadi penyanyi solo kumpulan nasyid sekolahnya dan memenangi banyak pertandingan.Ayahanda tercinta, allahyarham Datuk Haji Sahari telah banyak memberikan tips dan tunjuk ajar dalam selok belok nyanyian dan juga gubahan lagu nasyid.
Semasa di sekolah menengah pula, bakat nyanyian beliau terpendam begitu sahaja. Memandangkan zaman ‘sekolah agama’ telah berakhir selepas tamat darjah enam, beliau tidak lagi aktif bernasyid. Ayahanda tercinta merupakan seorang yang dihormati di kalangan masyarakat pada ketika itu, oleh itu kegiatan nyanyian yang bukan berunsur dakwah tidak mendapat galakan dari beliau. Ada pun beliau mendapat kebenaran kerana menyertai kumpulan koir sekolah. Itupun menyanyi secara beramai-ramai. Tetapi beliau tetap berpuas hati kerana telah diberikan peluang tersebut. Pernah sekali DayangNoraini menyertai pertandingan nyanyian berkumpulan untuk Bakat Interact (tahun 1990).Penyertaan itu juga telah dibuat secara curi-curi dek takutkan keluarga.Kumpulan tersebut telah menyanyikan dua buah lagu, iaitu ‘Mr Postman’ dan sebuah lagi lagu yang telah dinyanyikan olah Azlina Aziz dan Liza Aziz. Kumpulan tersebut telah mendapat tempat naib johan.
Selepas tamat S.P.M., Dayang Noraini telah mendapat peluang melanjutkan pelajaran di salah sebuah institut perguruan tempatan diSabah. Kedudukan yang agak jauh (pantai timur Sabah) telah digunakan dengan sebaik-baiknya oleh beliau untuk melakukan aktiviti kegemarannya iaitu menyanyi dan bersukan. Beliau sangat aktif di dalam kumpulan koir maktab, begitu juga mengambil bahagian di dalam pertandingan menyanyi dan juga acara sukan peringkat maktab. Beliau pernah memenangi hadiah yang berupa botol air plastik sebagai johan pertandingan tersebut. Selama dua minggu berturut-turut beliau ‘mengusung’ hadiah kemenangannya itu.
Semasa dalam semester akhir pengajian (1996),DayangNoraini menjadi semakin berani. Berbekalkan kata-kata semangat dan galakan oleh seorang rakan sekelas yang telah mencungkil bakat beliau, DayangNoraini telah memberanikan diri menyertai satu pertandingan karaoke yang dianjurkan di Sandakan. Penyertaan tersebut telah mendapat sokongan padu dari rakan-rakan sekelas dan semaktab yang juga menghadiri pertandingan tersebut.
Bermula dari saat itu, DayangNoraini telah banyak menyertai pertandingan karaoke di sekitar nagari Sabah. Sampailah pada tahun 1998, beliau telah menyertai ujibakat Sinaran Passport Kegemilangan musim ke-6 anjuran TV3 yang telah membawa beliau ke peringkat kelayakan, separuh akhir dan seterusnya peringkat akhir. Lagu ‘Menghitung Hari’ yang menjadi taruhannya telah mengangkatnya sebagai Juara. Beliau juga telah menggondol hadiah bagi Persembahan Terbaik.
Di bawah syarikat Ambang Klasik, DayangNoraini berserta lima finalis lain telah di tawarkan menghasilkan album kompilasi Puteri-puteri Sinaran (1998) dan Puteri-puteri Sinaran 2 (1999). Sebanyak dua buah lagu telah dinyanyikan dalam setiap album.
- ALBUM Puteri Sinaran I (2 Lagu : Cinta Kita & Kilauan Bintang) 1998
- ALBUM Puteri Sinaran II (2 Lagu : Inikah Asmara & Impian ) 1999
- ALBUM DayangNoraini bertajuk : DayangNoraini – March 2010
Mengandungi 6 lagu berentak (3) Balada & (3) Progresif Rock
Lagu2 dan lirik ciptaan Ku Sham , Rafiqa Roslee, Manan Ngah & Dayang Noraini sendiri .
Profile
Name : Dayang Noraini Datuk Haji Awang Sahari
Stage Name : ‘Dayang Noraini’
Date of Birth : 7th March
Place of Birth : Kota Kinabalu, Sabah.
Height : 154 cm
Weight : 43 kg
Hobbies : Dancing, travelling & swimming
Type of Songs : Pop, RnB, Ballad, Rock & Jazz
ABOUT DAYANG NORAINI
Champion & best performance of Sinaran Passport 6 (Tv3), recorded 2 compilation albums (puteri sinaran) & Performed in Newcastle, Sunderland & Manchester (2003 - 05).
A versatile singer/entertainer that can handle the audiences in Bahasa and English comfortably. An energetic performer, beautiful voice and a very good dancer, DayangNoraini can always get the crowd going any day.
DAYANG’S DINNER GIG REPERTOIRES
Various type of songs such as : I will survive , Autumn Leaves, Unforgettable, Summertime, Strangers in the night, Girl from Ipanema, Akhirnya kini pasti , Ironic , Wherever whenever , I can’t get you out of my head , Get the party started , Complicated , Kasih,Saving all my love , Mencintaimu , Baby one more time , I wanna dance with somebody , That’s the way it is, Tiada Lagi and many more …
Latest Repertoire such as: I’m alive, Umbrella, Kau teristimewa, Sweet escape, Mercy & Yue Liang Dai Biao
Singing Experiences
MALAYSIA & INDONESIA
Won a champion title in a singing competition organised by a popular tv programme (Sinaran Passport Kegemilangan-TV3) in 1998. Won the Best Performance title as well.
Cut two compilation albums under the recording label of Ambang Klasik Ltd.
i- Puteri-Puteri Sinaran (Dec 1998) - 2 songs
ii- Puteri-Puteri Sinaran II (Oct 1999) - 2 songs
Had done numerous singing jobs, including dinner functions, concerts, stage shows etc in Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Ipoh, Kota Bharu, Seremban, Melaka, Kuching and Johor Bharu.
One of the resident singers for Malaysian Ministry of Education Orchestra which performs annually since 1999 to 2003 for the Royal Concert at Istana Budaya and PWTC.
Won many karaoke singing competitions from 1994-1999 (Best Vocal, Best Performance, Best Dress).
Performed in a few T.V. programmes such as Sampaikan Aidilfitri 98, Konsert Puteri Sinaran 99, guest artist for Juara Lagu 98/99, Konsert 31 Ogos 2001(TV3) and J.A.Z (Astro).
One of the singers for a charity show organised by QueenElizabeth Hospital, Kota Kinabalu (1999).
Recorded a theme song for a telemovie (RTM) in 2001.
Numerous singing, dinner functions & stage shows in Kuala Lumpur, Putrajaya, Kuantan, Langkawi, Penang & Genting. ( 2004- 08)
6 Month contract, singing with Indonesian band at NirwanaGarden (a 5 star resort) in Bintan Island, Indonesia (Dec 2004).
Recorded numerous jingles n corporate songs at Nada Studio such as: Lulaby-Slumberland, Vesta-Explosion Control System, Ulik Mayang – Beautiful Trengganu and many more (2005 - 07) .
Guest singer for a Majlis perasmian bangunan Fakulti Uni. Pendidikan Sultan Idris . Back-up by the 60 pax Pop Orchestra and performed in front of DYMM Sultan Perak (March 05).
Guess singer for UPSI Orchestra for concerts in Uni Malaysia Terengganu (UMT- 2007) & IN Uni Malaysia Sabah (UMS – 2008)
ALBUM SOLO DayangNoraini [2010]
1. Album self title, bertajuk DayangNoraini.
2. Mengandungi 6 lagu & kesemuanya didalam Bahasa Melayu. Rentak lagu-lagu ialah Progresif Rock & Balada [3 Rock & 3 Ballad].
3. Diantara Komposer dan penulis lirik yang terlibat ialah Ku Sham [2 lagu], Rafiqa Roslee [3 lagu] & composer terkenal tanahair, Manan Ngah [1 lagu].
4. Lagu-lagu dirakamkan sepanjang 3 tahun yang lepas di UK, Kuala Lumpur & Kota Kinabalu, Sabah.
ROCK
I-HIPO HIPOKRIT [2008] KL – Komposer & lirik : Ku Sham, Rafiqa Roslee & Zaira
II-SESAYUP [2009] KL – Komposer & Zaira : Ku Sham
III- KELAWAR O’ KELAWAR [2007] UK – Komposer & lirik : Rafiqa roslee, DayangNoraini & Emmelyne Forman
BALLAD
V- KAU TAK AKAN PERNAH TAHU [2010]KK,SABAH – Komposer & lirik : Rafiqa Roslee & DayangNoraini
IV-SELAMAT ULANGTAHUN MU [2009] KL – Komposer & lirik : Rafiqa Roslee
VI- DEMI DEKAT PADAMU [2007] KL – Komposer & lirik: Manan Ngah
5. Album ini diterbitkan sepenuhnya oleh DayangNoraini Production dan diedarkan oleh Sky-Laser [ Skylin Enterprise Sdn. Bhd.
6. DayangNoraini baru sahaja selesai proses penggambaran video klip 2 lagu iaitu lagu KELAWAR O’ KELAWAR & KAU TAK AKAN PERNAH TAHU. Kedua-duanya sedang dalam proses editing dan dijangka siap pada 6 March 2010.
7. Video klip ini akan juga ditayangkan dan dilancarkan bersamaalbum DayangNoraini pada 6 March 2010 bertempat di Kelab, RazzMaTazz, KK. Bermula jam 9.30pm. DayangNoraini akan membuat persembahan secara LIVE bersama para pemuziknya Body & Soul & penyanyi latarnya Soul Singers.
8. Album DayangNoraini ini berada di pasaran bermula 1 March 2010. Dijual di seluruh Sabah, Labuan , Sarawak & Kuala Lumpur.
No comments: