Keselamatan adalah sesuatu yang amat dititiberatkan semua orang namun bagaimana cara menjaga keselamatan anda semasa berada di luar. Setiap hari apabila melihat berita mahupun membaca surat khabar anda pasti mendapati bahawa kes jenayah semakin meningkat dan sukar di kawal. Sekarang agak sukar ataupun boleh dikatakan tidak selamat apabila kita mahupun anak-anak kita berada di luar. Terdapat kes ragut, bunuh, rompak, samun, simbah asid dan sebagainya. Wanita tidak lagi selamat dan amat berbahaya apabila berseorangan di mana-mana sahaja. Di sini kami akan menyenaraikan langkah-langkah bagaimana cara menjaga keselamatan anda semasa di luar.
Bagaimana Cara Menjaga Keselamatan Diri Semasa Di Luar
# 1 Elakkan Berseorangan
Cara pertama bagi menjaga keselamatan anda ialah dengan mengelakkan berjalan berseorangan apabila larut malam ataupun di tempat sunyi dan gelap. Penjenayah amat gemarkan tempat yang sunyi dan gelap bagi mencari mangsa.
# 2 Menjaga Pakaian
Wanita perlu menjaga pakaian dengan tidak memakai pakaian yang menjolok mata. Pakaian yang seksi dan terdedah boleh mengundang minat penjenayah terhadap anda.
#3 Barang Kemas
Elakkan memakai barang kemas yang berlebihan dan jangan dedahkan barang kemas anda di khalayak ramai.
# 4 Sentiasa Perhati Sekeliling
Anda perlu sentiasa prihatin dan peka dengan keadaan sekeliling anda. Sekiranya ada orang yang mencurigakan eloklah anda beredar ke tempat yang lebih selamat.
# 5 Tempat
Elakkan tempat-tempat sunyi dan gelap. Sekira anda terpaksa melalui tempat tersebut pastikan anda berteman.
# 6 Kunci kereta
Pastikan pintu kereta anda sentiasa berkunci walaupun anda keluar sebentar untuk membayar duit dikaunter stesen minyak. Penjenayah mungkin mengambil kesempatan masa itu untuk menyusup masuk ke dalam kenderaan anda.
# 7 Menjaga Adab dan Percakapan
Jaga adab, percakapan dan tindakan anda. Mungkin ada orang yang tidak berpuas hati dengan anda.
# 8 Senjata
Jika anda berasa terancam ataupun anda wanita yang lemah maka bersedialah atau simpan senjata seperti pepper spray dan sebagainya bagi memudahkan anda melumpuhkan penjenayah.
# 9 Jerit
Sekiranya anda diganggu atau rasa terancam maka jerit sekuat hati anda bagi menarik perhatian orang sekeliling. Jeritan adalah salah satu cara menjaga keselamatan diri anda semasa diancam oleh penjenayah.
# 10 Berdoa
Sentiasa berdoa sebelum keluar dari rumah dan keluar dengan ucapan bismillah. Baca ayat kursi sekiranya anda berasa tidak sedap hati.
Banyak lagi cara menjaga keselamatan diri yang perlu di titik beratkan namun sekiranya anda mengamalkan 10 tips bagaimana cara menjaga keselamatan diri yang diberikan di atas insyaAllah anda akan selamat.
No comments: