BENDERA NEGERI KELANTAN
- Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja.
- Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.
LAMBANG NEGERI KELANTAN - Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam.
- Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya.
- Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
No comments: