Arrow

Ada Sebab Saya Pakai Baju Seksi Tu…’ Erin Malik

Posted by Admin ~ on Thursday, 21 March 2013 ~ 0 comments

Erin Malik

KUALA LUMPUR – Pelakon muda wanita yang mencetuskan kontroversi beberapa minggu lalu dengan memuat naik gambarnya yang seksi ke profil Instagram mengakui ralat dan terkilan kerana dia tidak diberi peluang untuk menerangkan perkara yang sebenar.

Erin malik, 18, menjelaskan dia tidak suka memuat naik gambar dirinya yang berpakaian tidak senonoh untuk tontonan umum ke dalam mana-mana laman sesawang.

Malah, dia masih lagi mempunyai perasaan malu untuk berperangai tidak senonoh kepada umum.

“Saya bukanlah orang yang suka rakam foto di bilik tidur, kemudian muat naik untuk tatapan ramai. Saya masih ada perasaan malu,” kata Erin yang dipetik dari laporan Utusan Malaysia.

Mengenai gambarnya yang memakai baju tidur seksi serta menampakkan tali baju dalamnya, Erin menjelaskan gambar itu diambil di lokasi ketika dia sedang menjalani pengambaran filem Lari.

Bagi Erin, dengan memuat naik gambarnya yang sedang melakukan aksi di atas katil, Erin dapat memberikan perkembangan semasa mengenai kerjaya seninya kepada para peminat.

Namun, atas kesilapan dirinya sendiri yang tidak menjelaskan melalui ‘caption’ digambar tersebut, tindakannya itu telah disalah ertikan.

“Gambar itu dirakam bukan dalam bilik tidur saya tapi di lokasi. Ramai orang berada di sekeliling saya ketika itu. Malah gaun malam yang saya pakai itu pun pakaian saya ketika memegang watak Ina.

“Saya memakai tube, bra dan gaun. Tujuan saya memapar foto itu adalah untuk memberitahu peminat yang saya sedang menjalani penggambaran. Silapnya saya tidak beritahu bahawa itu di lokasi penggambaran,” katanya.

Justeru, Erin sekali lagi menyatakan dia kesal kerana dia dituduh sebelum diberi peluang untuk menerangkan perkara yang sebenar.

Akibatnya, dia telah dimarahi oleh ibunya kerana kontroversi dia cuba bersikap tidak senonoh kepada orang ramai.

“Persoalannya, kenapa si pembaca dan penulis itu tidak tanya saya sendiri? Mereka pandai-pandai buat andaian sendiri, tulis bukan-bukan.

“Bila keluar cerita itu, saya dimarahi emak dan adik- beradik. Saya tidak suka cari publisiti melalui cerita yang bukan-bukan tapi orang selalu salah anggap pada saya. Tujuan saya keluarkan gambar itu pada masa ini, sekurang-kurangnya bila filem disiarkan kelak, penonton tahu itu adalah untuk watak Ina yang dipaksa menjadi pelacur setelah diculik,” katanya.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers