Arrow

10 perkara yang perlu dielakkan di facebook

Posted by Admin ~ on Sunday 24 March 2013 ~ 0 comments


Berikut dikongsikan 10 perkara yang perlu dielakkan di facebook sebagai peringatan dan penerangan tentang bahaya dan potensi buruk jika terlalai dalam menggunakan Facebook.

1. Mendedahkan Tarikh lahir 

Mendedahkan tarikh lahir mungkin memberikan risiko tinggi terutama jika anda kehilangan kad bank yang kata laluannya tarikh lahir anda. Ada sesetengah orang yang menggunakan tarikh lahirnya sebagai katalaluan pin dengan alasan mudah diingati. 

2. Mendedahkan Nama ibu 

Kebanyakan website menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan (secret question) untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai akaun tersebut. Jika maklumat ini terdedah memungkinkan 'hacker' mudah untuk mengambil alih akaun email dan facebook anda.

3. Mendedahkan Alamat rumah 

Mendedahkan alamat rumah memberikan peluang kepada penjenayah untuk 'aim' rumah anda dan akan mengambil kesempatan jika anda tiada di rumah seperti bercuti, balik kampung  dan sebagainya. 

4. Mendedahkan Ketiadaan Di Rumah

Anda mungkin tanpa sedar telah memberitahu kepada umum melalui update status bahawa anda tiada di rumah. Selain anda memberitahu kawan-kawan dan keluarga, anda juga telah memberitahu kepada seseorang lain yang sedang menunggu anda tiada di rumah. 

5. Memuat Naik Gambar Sulit

Gambar sulit yang dimaksudkan ialah gambar peribadi yang apabila tersebar akan menjatuhkan maruah anda sendiri seperti gambar 18sx, 'tidak bertudung' bagi yang muslim, scan dokumen penting yang rahsia dan sebagainya. 

Bagi para wanita, elakkan memuatnaik gambar yang boleh mengundang maksiat seperti gambar seksi, gambar sosial yang mana orang lain akan tertarik untuk 'tackle' atau lebih teruk lagi mencabul kehormatan anda.

6. Pengakuan Rasa Yang Melampau

Pengakuan rasa yang melampau seperti memaki hamun seseorang, menjatuhkan maruah seseorang disebabkan ketidakpuashatian atas perkara-perkara tertentu. Ini boleh mengundang insiden saman menyaman atau perkara buruk yang berpanjangan. Ini juga akan memudahkan pengambilan bukti melalui 'printscreen'.

Selain itu, pengakuan rasa wanita seperti 'saya kini keseorangan di rumah' boleh mengundang seseorang yang lain akan mendatangani anda untuk niat yang tidak baik.

7. Mendedahkan Telefon

Kesan pendedahan telefon di facebook ialah memberikan peluang kepada telemarketers, promoter dan kawan kepada kawan anda yang tidak dikenali menganggu anda.

8. Mengira Detik Percutian Anda.

Mengira detik percutian seperti '3 hari lagi saya akan berangkat ke Jakarta' akan memberikan peluang seseorang untuk bersiap sedia merancang jenayah ke atas anda atau harta benda anda 

9. Mendedahkan Kedudukan Terkini

Pendedahan kedudukan terkini anda juga akan memberikan peluang kepada penjenayah menjalankan kerja jenayah kepada anda.

10. Memuat Naik Gambar Dalam Rumah

Rumah ada set karaoke canggih, cincin baru bertahta berlian dihadiahkan suami dan sebarang gambar yang menggambarkan suasana dalam rumah akan mempermudahkan seseorang yang lain untuk menjalankan jenayahnya. Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah sangatlah tinggi.

###Perkara-perkara di atas tidak semestinya sesuai untuk semua orang tetapi hanyalah sekadar peringatan untuk dipertimbangkan bagi mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku pada masa akan datang disebabkan kelalaian sendiri.

###Panduan ini juga sesuai untuk digunakan di laman Twitter.

NOTA: Laman sosial di bawah tapak kaki anda. Anda boleh memijaknya pada bila-bila masa jangan sampai keseronokan bersosial di facebook dan internet akan mendedahkan anda kepada jenayah.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers