Arrow
  03 Jun 2014 ~ Su

BREAKING NEWS

Saksikan siaran langsung Olimpik 2012 melalui Youtube

Klik imej untuk ke Saluran Olimpik YoutubeSaksikan siaran secara langsung di internet melalui Youtube. Apa yang menarik ialah semua permainan/acara mendapat liputan dan terpulang kepada anda untuk memilih apakan acara yang ingin ditonton. Jom! terus sahaja ke saluran olimpik di Youtube. [...]

Gambar Adira terbaru yang putih

Peminat Adira AF pastinya ingin melihat gambar terbaru Adira kan. Inilah gambar terbaru Adira yang putih melepak. [...]

[Wayang] The Raid: Redemption (2012)

 The Raid: Redemption | Serbuan Maut (2012)Genre: Action | Crime | ThrillerStars: Iko Uwais, Ananda George and Ray SahetapySubtitle: English HardsubSinopsis:As a rookie member of an elite special-forces team, Rama (Iko Uwais) is instructed to hang back during a covert mission involving the ext [...]

[Movie] Kehormatan di Balik Kerudung

Sinopsis:Syahdu adalah wanita yang berhati mulia namun keras hati. Ia tinggal bersama ibunya serta adiknya, Ratih. Meskipun mereka hidup dalam kesederhanaan, Syahdu sangat mencintai keluarganya. Suatu ketika Syahdu berniat mengunjungi kakeknya yang tinggal di daerah lain. Dalam perjalanan dengan ke [...]

Kau Buyuk Aku | Akustik Ballad + Keroncong. Percubaan mengetengahkan loghat Sabahan

Lagu ini sengaja dibuat menggunakan loghat Sabahan dengan genre gabungan ballad dan keroncong untuk menguji sejauhmana kesesuaian loghat Sabahan dalam lagu ballad atau sentimental. Kebanyakan para pengiat seni suara tidak berani meletakkan loghat ini dalam bentuk yang lain selain yang ala-ala Sabah [...]

Mekanik rogol anak tiri dipenjara 15 tahun, rotan

4th July, 2012KOTA KINABALU: Seorang mekanik berusia 34 tahun dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dikenakan satu sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun.Hakim Ismail Brahim, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas [...]

Nik Aziz ucap tahniah atas cadangan hudud Umno

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Umno atas cadangan seorang ADUN parti itu di Johor untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas semua rakyat, termasuk bukan Islam."Tahniah Umno. Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini," kata Nik Aziz seperti dipeti [...]

Norizs Rizs aktif lakukan aktiviti riadah dan rekreasi

Norizs suka aktiviti lasakGAYA HIDUP SIHAT ... Melakukan aktiviti lasak seperti memanjat permukaan tembok selain aktiviti rekreasi yang mencabar kekuatan mental dan fizikal baru-baru ini membuatkan Norizs Rizs semakin cenderung menceburi sukan baik juga untuk kesihatan itu. Bertempat di Kota Kinaba [...]

SABAH

Status 1.7 juta pemohon BR1M diketahui minggu depan: Ahmad Husni

16th March, 2014 IPOH: Seramai 1.7 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang masih dalam senarai semakan akan mengetahui stat...

Ibu teman wanita pembantu juruterbang MH370 orang Sabah

#MH370 : Air Asia Beri Nadira Cuti SebulanPembantu juruterbang pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid, 27 tahun yang hilang bersama-sama dengan pe...

MALAYSIA

Puaka Gua Tempurung sebabkan kematian Karpal, dakwa Raja Bomoh

KUALA LUMPUR: Selepas berusaha membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang hilang  lebih sebulan, lelaki yang mengelar dirinya sebagai '...

Siapa bocorkan operasi?

Ipoh: Operasi menahan pendatang asing tanpa izin yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk kegiatan maksiat menerusi Ops 6P Fasa III...

Clicking moves left
Hiburan

Ampai-ampai crew kembali digemari

Ady Maldin - Boss KKFMTernyata keputusan Ady Maldin guna semula formula Ramlix di Ampai-A...

Zackiddin, Airis dan Leo - Hanya Aku (Hyper Act) Full version

Zackiddin bintang kecil 2013, Airis & Leo geng paling manang cover lagu Hanya Aku unt...

Muzik-Muzik 28 (MM28) 2013

Muzik-Muzik 28 telah diumumkan dan dijadualkan bersiaran di TV3 pada setiap sabtu jam 5:0...

Akhirnya penyanyi parody 'sayang' Shae dikesan

Nama sebenar beliau adalah Bobo dan beliau dikatakan memang gemar melakukan miming dan be...

Pendedahan pengkhianatan kepada P. Ramlee

Panas : Video History Channel Bongkar P Ramlee Dikhianat Bangsa Sendiri. Artikel ini tida...

Lisa Surihani Kongsi Gambar Sewaktu Kecil

Saling tak tumpah Lisa Surihani persis ibunya, Siti Amira Ahmad. Dari kecil lagi Lisa nam...

Reaksi Nikita Willy Berkenaan Tersebarnya Gambar Berpelukan

Artis sinetron Nikita Willy ketika memberikan penjelasan kepada  media tentang terse...

Ada Sebab Saya Pakai Baju Seksi Tu…’ Erin Malik

Erin MalikKUALA LUMPUR – Pelakon muda wanita yang mencetuskan kontroversi beberapa minggu...

Stacy bangga dengan 'kelebihan' diri

KELINCAHAN bintang kelahiran Akademi Fantasia musim keenam ini (AF6) tatkala beraksi di p...

Aizat dan Zee Avi intim?

Penyanyi yang memenangi Juara Lagu yang lalu, Aizat mengakui yang dirinya kini sedang rap...

[Video Pilihan] Dont You Remember ( adele cover ) - Ridah feat Richado Tawith

Dont You Remember ( adele cover ) - Ridah feat Richado Tawithjamming / practice session f...

Gambar Adira terbaru yang putih

Peminat Adira AF pastinya ingin melihat gambar terbaru Adira kan. Inilah gambar terbaru A...

Lirik lagu Kau Buyuk Aku

Lihat video di YoutubeKau Buyuk AkuIndada sudah harapankuLepas ku nampakKau di 1B sama di...

[Video] Marsha kena peluk

Marsha dipeluk dalam video di bawahPemaparan video ini bagi 1Sabah ini adalah satu senari...

[Movie] Kehormatan di Balik Kerudung

Sinopsis:Syahdu adalah wanita yang berhati mulia namun keras hati. Ia tinggal bersama ibu...

Clicking moves right
Pelancongan

Penculikan pelancong China di Semporna oleh lelaki bersenjata (03/04/2014)

Berita Terbaru : Seorang Warganegara China dan kakitangan resort dikatakan telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali dari Singamata Water Resort di Semporna, Sabah, Malaysia Timur di mana sekumpulan 60 pelancong Cina tinggal, pada 2 April, pada kira-kira 10.30 malam. Pelan...

02 Apr 2014 / 0 comments / Read More
Sosial

Lagi Kes Budak Sekolah Bergaduh

LEPAS satu, satu kes melibatkan pergaduhan di kalangan pelajar sekolah kita yang tersebar dalam internet.Selepas kes pelajar wanita dan lel...

Wanita separuh bogel sorok dalam almari

Gambar HiasanKuala Lumpur: Seorang wanita berpakaian separuh bogel ditemui sedang menyorok dalam sebuah almari pakaian sebuah bilik unit pa...

Pelajar Tingkatan 4 disyaki berzina

LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah...

Tiduri 30 lelaki kenalan Facebook

Gambar HiasanUsianya baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di facebook. Hanya m...

Blog Uncle Seekers Hina Sultan Johor? Pendedahan Berani Uncle Seekers

Posted by Admin ~ on Thursday, 5 July 2012 ~ 0 comments

Pendedahan berani mati di blog Uncle Seekers mengenai kerabat Sultan Johor dan kepimpinan tertinggi negeri Johor. Melihat lambakan artikel bersiri mengenai cerita disebalik tabir melalui blog Uncle Seekers ini yang kini sudah menginjak ke SIRI yang ke 62 banyak berkisar kepada beberapa persoalan yang dilontarkan kembali kepada Sultan Johor, beberapa kerabat Diraja Johor dan tidak lupa juga kepimpinan tertinggi negeri tinggi.

Dan sekarang ini, pendedahan Uncle Seekers ini sudah mula menyelitkan beberapa maklumat yang mahu dikongsikan kepada orang ramai dan tidak lupa juga kepada pihak berkuasa yang masih dilihat “tidak sudi untuk meminang” Uncle Seekers untuk disoal siasat seperti mana tindakan pantas yang dilakukan terhadap kes hina Sultan Johor yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melalui isu plat WWW1.

Laporan Polis Terhadap Blog Uncle Seekers Hina Sultan Johor

JOHOR BAHARU – Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog Uncle Seekers, uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog Uncle seekers berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog Uncle Seekers semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya,” katanya.

Jikalau diteliti laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini, laporan polis yang dibuat oleh sekumpulan individu bukan bersandarkan kepada dakwaan fitnah tetapi lebih kepada tulisan artikel-artikel di blog Uncle Seekers yang dilihat menghina dan mengaibakan Tuanku Sultan Johor. Ehem….

Jikalau didapati maklumat yang dikemukanan adalah berbentuk fitnah, Uncle seekers haruslah dihukum dengan tindakan undang-undang yang sewajarnya Tetapi…….persoalannya sekarang ini jikalau perkara-perkara yang dikemukakan melalui blog Uncle Seekers adalah fakta, adakah Uncle Seekers dipihak yang salah?

Apa yang penting di sini, artikel-artikel dari blog Uncle Seekers yang terus-menerus terhadap Sultan Johor, beberapa kerabat Sultan Johor dan juga kepimpinan tertinggi negeri Johor ini haruslah disiasat bagi mengetahui kebenaran disebaliknya.

Blog Uncle seekers : Email Bekas Peguam Sultan Iskandar VS Krisis Istana Johor?

Artikel di blog Uncle Seeker yang terbaru menunjukkan perkongsian email yang dihantar oleh bekas peguam Almarhum Sutan Iskandar, ayahanda kepada Sultan Johor sekarang ini iaitu Sultan Ibrahim kepada Uncle Seekers yang menyentuh krisis istana Johor yang berlaku sekarang ini. Katanya…..


Di bawah ini ada tulisan semula email yang telah dihantar oleh bekas peguam Almarhum Sultan Iskandar kepada Uncle Seekers :

Saya merasa amat dukacita tentang apa yang berlaku. Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada Islam, sudah menjadi tanggung-jawap saya untuk mempertahankan amanah Almarhum Sultan Iskandar dan Hukum-hukum Allah. Saya telah ditaja untuk belajar di Amerika Syarikat oleh Almarhum Sultan Iskandar dan berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Undang-undang pada tahun 2000. Apabila saya balik ke Malaysia, Almarhum Sultan Iskandar telah meminta saya membantu beberapa perkara bagi membetulkan imej keluarganya yang tercemar di mata rakyat Malaysia. Sebagai membalas jasa Baginda, saya telah merangka satu kertas kerja dan akhirnya terjadinya satu program yang dikenali sebagai Kembara Mahkota Johor. Saya ada Setiausaha dan orang yang bekerja keras untuk memastikan program ini berjalan lancar.

Pada tahun 2004, “perebutan tahta” di antara dua beradik Tunku Ibrahim (Sultan sekarang) dan Tunku Abdul Majid (Anak Sultan Iskandar dengan Sultanah Zanariah) telah menjadi sengit dan rakyat mungkin mengetahui bahang perkara ini. Sikap dengki sesama adik beradik dan menunjukkan pengaruh di dalam Negeri Johor semakin menjadi-jadi.

Almarhum Sultan Iskandar telah memanggil saya dan seorang Pegawai Tinggi Kerajaan Johor untuk meluahkan kerisauannya terhadap masalah ini. Akhirnya Almarhum membuat keputusan bagi mengelakkan perkara menjadi lebih buruk jika Baginda mangkat, maka Baginda meminta agar dibuat pindahmilik kesemua tanah-tanah miliknya yang ada di Malaysia dan Singapura yang bernilai berbillion Ringgit. Tanah-tanah tersebut diarah untuk diletakkan di atas nama Tunku Ismail sebagai pemegang amanah bagi mempastikan kesemua anak-anak Almarhum mendapat bahagian mereka apabila Baginda mangkat.


Satu rombongan Pegawai Kerajaan telah ke India bagi dapatkan tandatangan Tunku Ismail yang berada di sana. Semasa Pegawai Kerajaan pergi ke India mereka hanya membawa dokumen pindahmilik dan tidak membawa(tertinggal) sekali dokumen bagi mendaftarkan Tunku Ismail sebagai pemilik berdaftar tetapi memegang tanah-tanah tersebut di atas kapaciti sebagai Pemegang Amanah .

Apabila Tunku Ismail balik ke Malaysia, beberapa kali percubaan minta Tunku Ismail tanda tangan dokumen amanah {“Deed of Trust”), namun ketamakan telah menguasai dirinya dan berbagai dalih serta alasan dibuatnya untuk mengelak dari tanda tangan dokumen tersebut.

Tidak ada sebab untuk Almarhum memberi tanah-tanah hanya kepada seorang cucu sahaja. Ianya jelas untuk dipegang sebagai Pemegang Amanah dan bukannya menjadi milik peribadinya. Almarhum telah bercakap tentang perkara ini secara jelas kepada ramai orang bahawa cucunya , Tunku Ismail hanya pegang amanah untuk tanah-tanah tersebut dan bukan memegangnya untuk kapasiti persedirian.

Masalah harta ini menjadi-jadi apabila kemangkatan Sultan Iskandar, sebaik sahaja tamat tempoh berkabung, saya diarah untuk uruskan tukar nama Kapal-kapal terbang dan helikopter-helikopter kepada nama Sultan yg baru, saya telah beri pendapat sebagai seorang Peguam, oleh kerana sewaktu kemangkatan Almarhum Jan 2010 kesemua harta berbentuk pesawat itu masih di atas nama Sultan Iskandar maka ianya patut dimasukkan kedalam senarai harta-harta yang perlu di bahagi mengikut Hukum Faraid. Tetapi saya telah ditekan dan diberi amaran untuk bekerjasama sekiranya hendak selamat.

Dokumen itu telah dibuat secara tidak sah dan tarikhnya telah dikebelakangkan ke September 2009 (“back dated”) oleh bekas rakan kongsi saya yang berpakat dengan Sultan yang baru. Dokumen itu tiada tanda tangan yang sah Almarhum Sultan Iskandar, ianya ditandatangan oleh Dato Ali Musa yang tiada hak dan kuasa untuk tanda tangan dokumen itu.

Saya telah enggan menurunkan tanda tangan sebagai saksi di atas kapasiti saya sebagai seorang Peguam kerana saya tidak membuat datau menyediakan dokumen tersebut tetapi disediakan oleh Abdul Aziz Jaffar Sidek yang telah membuat perancangan awal sebelum saya dipanggil mengadap. Apabila saya bertegas enggan menjadi saksi kepada dokumen tersebut saya telah mula diugut dan suasana agak tegang pada masa itu.

Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku saya cadangkan agar Aziz Jaffar Sidek menyaksikan tandatangan dokumen yang telah di “back dated” itu tetapi saya dimarahi dan diherdik kerana Sultan baru berpendapat oleh kerana Almarhum lebih percaya dan telah mengamanahkan saya membantu urusan hartanah keluarganya, Maka saya perlu tanda tangan sebagai saksi, jika yang menyaksikan tanda tangan adalah orang selain saya, adik beradiknya pasti tidak dapat menerima dokumen tersebut dan fakta bahawa pesawat telah bertukar milik sebelum kemangkatan Almarhum kerana tarikhnya diletakkan pada bulan Sept 2009.

Dokumen tersebut sebenarnya dibuat dan ditanda tangan pada bulan Mac 2010 iaitu 2 bulan selepas Almarhum mangkat. Saya mulanya hendak buat laporan Polis bagi melindungi diri saya, tetapi apabila menyedari Ketua Polis Johor amat rapat dengan Sultan, pasti ianya tidak akan kemana dan mungkin “backfire” kepada saya, jadi saya terpaksa berdiam diri dan berserah kepada Allah.

Saya tiada pilihan pada masa itu, tetapi sempat juga berfikir bahawa saya masih boleh tanda tangan sebagai saksi di atas kapasiti jawatan saya sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah kerana, tugas seorang Pesuruhjaya Sumpah hanya perlu saksikan tanda tangan dan tidak perlu bersetuju dengan kandungan dokumen yang disaksikannya.


Sultanah Zanariah pernah di ceraikan dengan talak dua, pada ketika itu gambar rasminya diturunkan diseluruh Negeri Johor, namun jodohnya panjang apabila mereka rujuk semula tidak lama kemudian dan gambar di seluruh Negeri Johor digantung semula. Saya kesal dan marah kerana Sultan sekarang di dalam percubaannya membolot harta pusaka Almarhum cuba mengeluarkan atau arah keluarkan surat cerai talak tiga ke atas Sultanah Zanariah agar Baginda hilang hak sebagai isteri untuk terima bahagian isteri kepada pusaka Almarhum. Saya telah membangkang dan menegur agak keras hingga menimbulkan prasangka yang saya derhaka atau membelot menyebelahi keluarga Sultanah Zanariah.

Selepas dari itu banyak perkara lain berlaku dan saya telah mula dianiaya dan berbagai tuduhan palsu dibuat, dirancang untuk menjatuhkan reputasi saya dan menampakkan diri saya sebagai seorang penjenayah. Apa yang saya lakukan hanyalah untuk menegakkan Hukum Allah dan Undang-undang Negara ini. Saya hanya menjalankan tugas rasmi saya sebagai seorang Peguam dan sebagai seorang Islam yang taat kepada perintah Allah. Biar saya hilang pangkat tetapi saya tidak sesekali menjual maruah dan prinsip hidup saya sebagai seorang Islam

Sumber Asal (Blog Uncle Seekers)

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers