Klang: Seorang pengurus kedai runcit warga Indonesia dihukum penjara sebulan dan denda RM3,330.40 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana memiliki rokok yang tidak diluluskan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
Malah, Majistret Fadli Yaakob memerintahkan tertuduh, Mukhlis Othman, 30, diusir dari negara ini selepas menjalani hukuman itu
.
Terdahulu, Mukhlis mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki 121 paket (2,064 batang) rokok tidak sah pelbagai jenama yang bernilai RM166.52, di kedai runcit Saujana Awana Resources, di Jalan Seri Perantau, off Jalan Pelabuhan Klang, mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Dia ditahan sepasukan penguat kuasa KDRM dalam operasi pada 4 April lalu. Dia membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa.
Tiada label setem cukai
Fadli juga memerintahkan tertuduh dipenjara setahun lagi jika gagal membayar denda itu.
Sumber : http://www.bharian.com.my
No comments: