Arrow

[Rekod] Share paling banyak 18k

Posted by Admin ~ on Monday 11 March 2013 ~ 0 comments

1SABAH mencatat rekodnya yang tersendiri apabila berjaya mencapai sehingga 18,035 shares (12/3/2013, 3.30am) untuk post yang bertajuk KEMPEN SELAMATKAN SABAH!.

Klik imej untuk perbesarkan
Post ini dibuat sewaktu berlakunya insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku dari Kesultanan Sulu yang telah menghuru-harakan Sabah di Lahad Datu yang mula di paparkan pada 3 Mac 2013. Dalam tempoh lebih kurang 9 hari share untuk post ini telah mencapai lebih 18 ribu share. Klik sini untuk melihat post tersebut.

Tujuan post ini dibuat ialah untuk memberikan peringatan kepada orang ramai khususnya orang Sabah agar tidak memaparkan post terkini (on time) di internet terutamanya di facebook, twitter dan blog yang menunjukkan aktiviti pasukan keselamatan dalam usaha mempertahankan negara. 

Rekod ini menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu pasukan keselamatan dan tanda Sayang kepada negeri ini. Kesan dari kempen ini, post-post yang berkaitan berkurangan dan secara tidak langsung terkawal.

Klik imej untuk perbesarkan

Admin telah menerima mesej melalui fan page 1SABAH dari seseorang yang bernama Zeck Abdullah  berkaitan teguran ini. Atas dasar tanggungjawab kepada Sabah, admin telah membuat satu rekabentuk grafik untuk perkara yang berkaitan.

Secara peribadi, admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Zeck Abdullah kerana telah membuat teguran dan seterusnya memberikan ilham kepada admin untuk mengadakan kempen.

Berikut adalah perincian post ini :

Perincian rekod (klik untuk pebesarkan)
Tarikh Post : 3 Mac 2013
Tarikh Terakhir Butiran Diambil : 12 Mac 2013
Bilangan Hari Pengiraan : 9 hari
Jumlah 'Share' : 18,035
Jumlah 'Like' : 4,235
Jumlah Komen : 413
Dilihat : 745,565 people saw this post
Pengomen Pertama oleh : 1SABAH (March 3 at 4:02am)
Pengomen Pertama Followers : Max Andy (March 3 at 4:13am via mobile)
Pengomen Terakhir Followers : Ardiawan Arman (Sunday at 11:58pm)

Komen pertama followers oleh Max Andy (Tawau)
Komen terakhir oleh Ardiawan Arman (Tawau)



Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers