Arrow

PILIHAN ANDA : Siapa Sumandak (Selebriti) Sabah Paling Cantik?

Posted by Admin ~ on Sunday 31 March 2013 ~ 0 comments


SATU SABAH mengadakan 'poll' secara terbuka siapakah diantara sumandak-sumandak cantik selebriti Sabah yang TERCANTIK mengikut pandangan followers di fan page facebook 1SABAH.

Seramai 16 calon yang akan menjadi pilihan dan pastinya  cantik-cantik belaka. Pemilihan ini akan dibuka selama 1 bulan bermula dari 1 April hingga 1 Mei 2013. Keputusan akan dimaklumkan secara rasmi di blog ini dan akan dipaparkan di fan page 1SABAH selepas itu.

Followers 1SABAH boleh memilih seberapa ramai pilihan mereka yang pada pandangan mereka tercantik dengan cara 'like' gambar tersebut. Pemilihan ini adalah salah satu rutin fan page 1SABAH dalam mengadakan aktiviti kepada followersnya.

Pemilihan ini tiada kaitan dengan mana-mana agensi atau pihak-pihak tertentu.

Semua calon adalah selebriti (public figure) dan usaha ini untuk menaikkan populariti sumandak-sumandak Sabah yang telah berjaya di persada dunia glamour.

Pemilihan seperti ini adalah kebiasaan kepada mana-mana media di dunia termasuk di Malaysia.

Kesan kepada usaha seperti ini individu tersebut akan lebih popular dan diharapkan akan lebih memperkenalkan bakat-bakat Sabah di seluruh dunia.

Selain dari itu, diharapkan selebriti generasi baru dapat mencontohi kehebatan dan bersaing secara terbuka untuk menjadi yang terbaik lebih dari mereka.

Sebelum ini ada diantara selebriti ini yang ter'kurang' popularitinya dan dengan usaha ini populariti mereka akan terserlah semula dengan dikenali oleh generasi baru yang akan cuba untuk mengetahui kegemilangan mereka.

1SABAH mengambil peranan untuk menaikkan populariti melalui medium facebook agar selebriti Sabah lebih terkenal dan seterusnya membawa nama Sabah ke peringkat yang lebih tinggi.

Mungkin akan berlaku beberapa pertikaian mengenai pemilihan ini tapi berdasarkan kepada acara tradisi di Sabah seperti Unduk Ngadau, Miss Borneo dan sebagainya, acara ini juga lebih menjurus kepada pemilihan 'tercantik' malah lebih terbuka dan terdedah kepada masyarakat sebenar yang tidak lain bertujuan untuk memperkenalkan dan memperagakan seseorang. Sebelum penilaian terakhir, para peserta akan dipaparkan di facebook untuk mempopularitikan peserta tersebut.

Antara fan page yang menggunakan facebook untuk promosi sumandak-sumandak Sabah ialah seperti
Ada diantara sumandak (selebriti) Sabah yang tidak temasuk dalam senarai pilihan ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut terlupa, kurang menyerlah atau admin ketinggalan informasi berkaitan selebriti tersebut. Untuk perkara ini, admin memohon maaf dan akan cuba diselitkan untuk pemilihan kategori yang lain pada masa-masa akan datang.

Selamat memilih 'Sumandak Sabah Tercantik'.

Amber Chia

Azharina Azhar

Che' Nelle

Brenda Londoh

Candy

Clarice John Matha

Dayang Noraini

Linda Nanuwil

Adira

Joanna Henley Rampas

Nera

Noni

Stacy Angie

Salma

Marsha Milan Londoh

Wawa Zainal



NOTA: Sila berikan komen anda di bahagian komen untuk sebarang pandangan dan pendapat berkaitan pemilihan ini atau mesej kami di sini.

Sila 'share' album ini kepada rakan-rakan anda untuk lebih populariti kepada sumandak (selebriti) Sabahan ini.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers