Arrow

Ops Daulat DARI LAHAD DATU 10 MAC 2013

Posted by Admin ~ on Saturday 9 March 2013 ~ 0 comments


11.40 pg - keadaan di pusat pemindahan sedikit kecoh

- lagi gambar operasi diedarkan oleh ATM

Bot pancung digunakan pengganas Sulu dimusnahkan.
Senjata yang dirampas dari pengganas Sulu.caption
11.05 pg - Pengawasan di Kawasan Operasi



Operasi pihak keselamatan di kawasan hutan dara yang menjadi tempat musuh bersembunyi. Pertempuran malam tadi membuktikan penceroboh tidak berniat untuk melakukan genjatan senjata.

11.00 - Sidang akhbar pagi dilakukan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib

- Anggota yang tercedera berusia 25 tahun dan dihantar ke Hospital Sandakan

- Menafikan tindakan kejam dan tidak berperikemanusian kepada rakyat Filipina di Sabah.

- kematian di pihak penceroboh tidak dapat dipastikan bagi pertempuran malam tadi yang tamat pada jam 4 pagi

- mayat-mayat penceroboh masih tidak dapat dikeluarkan kerana keadaan masih merbahaya di kawasan pertempuran

- Anggota yang tercedera dari PGA Batalion Miri yang ditembak seorang di bahagian betis dan seorang di bahagian peha

- "Orang awam" yang memasuki zon Merah seramai 60 orang juga ditahan

- Malam tadi pukul 8 malam anggota keselamatan bertempur selama enam jam dan dua anggota keselamatan cedera. Pertempuran berlaku di Tg. Batu

- 85 orang ditahan bagi membantu siasatan (tali barut penceroboh)


10.10 pg - PDRM menimbang untuk menambah anggota keselamatan di Lahad Datu dan Pantai Timur  Sabah


- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.

Sumber : BB

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers