Arrow

Kes Buli Pelajar UiTM Sabah Telah Disiasat

Posted by Admin ~ on Sunday 10 March 2013 ~ 0 comments



Kes buli atau ‘ragging’ di kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan perbuatan membuli sudah menjadi amalan di institusi pendidikan sejak sekian lama. Hakikat yang sering berlaku, pelajar lama (senior) akan membuli pelajar baru. 

Terkini, sebuah rakaman yang menunjukkan beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan sedang melakukan ‘ragging’ ke atas pelajar lain telah tersebar secara meluas sejak semalam. Difahamkan kes ini melibatkan pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sabah. Walaupun pada mulanya video yang dimuatnaik itu telah dipadam, namun seseorang sempat memuat-turun video berkenaan dan memuat-naik semula.


Berdasarkan rujukan saya, pihak universiti telahpun mengetahui tentang video berkenaan dan siasatan telahpun dijalankan. Tindakan yang bersesuaian bakal dikenakan ke atas pelajar yang melakukan perbuatan tersebut. Berikut adalah kenyataan daripada pihak terbabit.


Tahniah diucapkan kepada pihak universiti kerana mengambil tindakan pantas dan sewajarnya. Dan kepada adik-adik pelajar yang sedang atau bakal bergelar senior di institusi pengajian tinggi/sekolah, ambillah pengajaran daripada kes-kes yang telah berlaku sebelum ini.  Jangan sampai diri diambil tindakan baru timbul penyesalan.

Sumber

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers