Arrow

Che’ Nelle orang Sabah?

Posted by Admin ~ on Sunday 31 March 2013 ~ 0 comments

Nama sebenar Che’ Nelle ialah Cheryline Lim. Bapanya berketurunan Cina dan emaknya berketurunan berketurunan India Belanda berasal dari Putatan Sabah. Sewaktu berumur 10 tahun, Che’ Nelle dan keluarganya berpindah ke Perth, Australia. Kehidupannya di Perth mengubah hidupnya untuk menjadi apa yang dia kecapi hari ini.

Che’ Nelle semasa kecil suka menyanyi. Beliau mula menulis lirik dan menyanyi lagu sendiri di studio rumahnya. Pada usia 14 tahun, ia bergabung dengan sebuah Top 40 cover band. Setelah lulus dari universiti dalam bidang muzik, ia bergabung dengan sebuah perusahaan penerbit muzik sebagai pencipta lagu. Salah satu lagunya, “Hell, No”, dinyanyikan oleh Ricki-Lee Coulter, finalis Australian Idol musim ke-2 dan mencapai top 5 di Australia.

MySpace telah bertanggungjawab mengetengahkan bakatnya sebagai penyanyi serta komposer kepada pihak di sana. Sebaik saja melihat hasil kerja muzik Che’ Nelle di laman komuniti itu, dia terus didatangi Sir Charles Dixon.

Che’Nelle kemudian berpindah ke New York dan menandatangani perjanjian 6 album dengan Virgin Records. Album pertamanya berjudul Things Happen For A Reason dan diterbitkan pada 25 September 2007.

Ramai yang menyangka Che’ Nelle berasal dari Jamaica atau pun memiliki darah latino, mungkin kerana muziknya yang mempunyai kepelbagaian elemen itu mampu membuatkan pendengar keliru untuk mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Dua album telah dihasilkan oleh Che’ Nelle iaitu Things Happen for a Reason (2006) dan Feel Good (2009).

Label: Capitol Records
Judul: Things Happen For A Reason
Artis: Che' Nelle
Genre: Pop Dance Rap

Dengan tidak disangka-sangka, seorang anak kelahiran Sabah yang memiliki darah campuran Cina dan India (Chindian) iaitu Che' Nelle berjaya membuka mata pihak produser di Amerika Syarikat (AS) untuk mengambilnya sebagai penyanyi rakaman di bawah label Capitol Records.


Terima kasih kepada MySpace yang telah bertanggungjawab mengetengahkan bakatnya sebagai penyanyi serta komposer kepada pihak di sana. Sebaik saja melihat hasil kerja muzik Che' Nelle di laman komuniti itu, dia terus didatangi Sir Charles Dixon.

Akhirnya muncullah sebuah album sulung berjudul Things Happen For A Reason daripada Che' Nelle. Bunyinya macam cerita dongeng, namun itulah cerita sebenar yang berlaku di sebalik kejayaan Che' Nelle menjadi penyanyi rakaman di sana. 

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahukan? Begitulah tuah dan untung nasib badan Che' Nelle apabila hanya dengan sekelip mata saja berjaya menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa.

Memang patutlah Che' Nelle memilih Things Happen For A Reason sebagai judul albumnya. Ia tepat menggambarkan apa yang dilalui Che' Nelle. Setiap sesuatu yang berlaku itu memang ada sebabnya.

Sungguhpun begitu, kalau diukur dari segi populariti, Che' Helle ternyatapun masih belum cukup popular serta dikenali ramai termasuklah dari kalangan pendengar muzik di AS sendiri, namun sebagai masyarakat Malaysia saya tetap berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi Che' Nelle.

Setidak-tidaknya kewujudan Che' Nelle sebagai penyanyi di negara yang cukup berpengaruh di mata dunia itu mampu membuka mata ramai terhadap bakat lain yang lebih banyak lagi ada di Malaysia.

Persembahan di luar negara

OK seperti yang kita semua sedia maklum, Fell In Love With The DJ adalah lagu Che' Nelle yang cukup hit jika dibandingkan dengan lagu-lagu lain yang dimuatkan di dalam album ini.

Saya sendiri enjoy mendengar lagu itu. Bukan saja kerana ia sebuah lagu yang mempunyai melodi yangcatchy serta cukup menyenangkan untuk didengar tetapi turut mempunyai banyak campuran elemen muzik lain.

Saya tidak akan terperanjat kalau ada yang menyangka Che' Nelle berasal dari Jamaica atau pun memiliki darah latino, Sebab muziknya yang mempunyai kepelbagaian elemen itu mampu membuatkan pendengar keliru untuk mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

Persoalannya, siapa agaknya deejay yang dimaksudkan di dalam lagu itu? Adakah ia kisah benar Che' Nelle? Apapun selepas Fell In Love menjadi adalah lagu pembuka track di dalam album ini, ia kemudian disusuli dengan lebih banyak lagi lagu club DJ seperti Jumpin', Teach Me How To Dance dan Hurry Up.

Namun, kebanyakkannya kedengaran lebih kurang sama saja, kecuali Teach Me How To Dance yang memiliki elemen muzik klasikal India di hadapannya. Saya suka bila Che' Nelle menggunakan elemen seperti itu di dalam muziknya sebab ia boleh menampakkan muziknya sebagai sesuatu yang lain dan berbeza biarpun ia tergolong dari kalangan lagu club DJ yang cukup tipikal.

Right Back serta When We Will Meet Again adalah antara lagu perlahan yang menarik untuk didengar dalam album ini. Sungguhpun begitu saya lebih menyukai When We Will Meet Again kerana terutama sekali kerana ia mempunyai mood yang sensual dan sesuai dengan Che' Nelle.

Saya juga suka dengan lagu berjudul Lookin' kerana ia mempunyai mood yang seksi bersama pengaruh muzik India yang cukup menggoda. Namun, My Pledge adalah lagu yang paling buruk sekali yang terdapat di dalam album ini. Hakikatnya, Che' Nelle bukanlah seorang penyanyi berkulit hitam. Jadi lagu yang memiliki elemen muzik soul bukanlah fortenya.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers