Arrow

BENDERA PULAU PINANG

Posted by Admin ~ on Saturday 2 March 2013 ~ 0 comments

BENDERA PULAU PINANG


  • Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. 
  • Warna kuning tanda kemakmuran. 
  • Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
LAMBANG NEGERI PULAU PINANG


  • Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. 
  • Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. 
  • Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. 
  • Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers