Arrow

Talian SESB jadi sasaran aktiviti vandalisme di Sepanggar

Posted by Admin ~ on Monday 2 July 2012 ~ 0 comments


KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) amat kesal tindakan beberapa individu yang tidak dikenali yang menjadikan talian voltan tinggi berhampiran Kilang Simen Sepanggar Bay sebagai sasaran vandalisme.

Tindakan tidak bertanggungjawab dengan melontar wayar kabel ke kepada talian SESB telah mengakibatkan talian berkenaan rosak dan kawasan di sekitar Jalan Teluk Sepanggar terputus bekalan elektrik bermula pada jam 3.12 petang kelmarin.

Pengarah Urusan SESB, Ir. Hj Abd Razak Sallim berkata, hampir RM5,000 kerugian terpaksa ditanggung oleh SESB akibat tindakan tidak bertanggungjawab ini.

Kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik telah pun dibuat serta merta dan bekalan mula disalurkan secara berperingkat pada jam 4.44 petang pada hari yang sama.

SESB sekali lagi memohon kerjasama para pengguna untuk tidak membuat sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan sistem bekalan elektrik SESB.

Talian Hotline 15454 SESB atau 088-515000 boleh dihubungi oleh pengguna 24 jam sehari sekiranya bekalan elektrik di kawasan mereka terputus. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga disediakan di mana pengguna hanya perlu menaip aduan mereka sebelum menghantar kepada nombor 33154.

Sumber | http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/60134

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers