Arrow

PITAS

Posted by Admin ~ on Sunday 1 July 2012 ~ 0 comments

Pitas pada asalnya di panggil sebagai Tupak yang bermakna "seberang". Tupak ini merujuk kepada tempat tinggal Momogun Tombonuvo dan Momogun Rungus pada zaman dahulu. Setelah berlakunya persengketaan sesama Momogun di Teluk Bandau sebilangan penduduk Bandau meninggalkan kawasan Bandau kerana serangan Sindaat Mogkorudu yang di lancarkan oleh Aki Palzavan dan Aki Sook. Pitas adalah merujuk kepada kawasan atau petempatan di mana Sindaat Mogkorudu tidak lagi berkuasa iaitu di sebelah Sungai Bengkoka.

Sejak hari itu kawasan tersebut yang di kenali sebagai Tupak turut di panggil sebagai Pitas iaitu setelah menyeberangi kawasan tersebut orang-orang Teluk Bandau tidak lagi menjadi mangsa serangan Ilmu Hitam Sindaat Mogkorudu.

Sebutan Pitas berasal dari perkataan "NOPITAS" atau "MINITAS" iaitu selepas melalui kawasan itu maka orang-orang Bandau terlepas dari kuasa Sindaat Mogkorudu.

Selain daripada itu Pitas ini juga merujuk kepada sebutan penduduk Momogun setempat mengenai Sungai Bengkoka yang sering di mengalami banjir besar. Banjir besar yang melanda sungai bengkoka menyebabkan sungai tersebut terputus dan ia di sebut "nopitas" dalam bahasa momogun. Melalui dua legenda ini sehingga hari ini daerah itu di sebut sebagai Pitas di mana pada zaman dahulu di panggil sebagai Tupak iaitu tempat orang Momogun (Rungus dan Tombonuvo) sering menyeberang.

Pada hari ini Tupak tetap di gunakan oleh sebilangan masyarakat Momogun Rungus sebagai kelembutan bahasa atau mengelakkan dari mengingatkan lagi kisah hitam yang pernah berlaku sesama Momogun pada zaman lampau. Ini kerana pada zaman dahulu ramai yang mengelak untuk mengatakan Pitas untuk tidak menyinggungkan lagi persengketaan dahulu. Namun sebutan Pitas ini kembali di gunakan pada zaman ketua lanun Syarif Osman dan zaman penjajahan untuk menghidupkan lagi sempadan-sempadan yang pernah di buat oleh Aki Palzavan dan Aki Sook melalui ritual tertentu bagi tujuan upacara-upacara keagamaan Labus pada zaman itu.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers