Arrow

Euro 2012: Super Mario!

Posted by Admin ~ on Friday 29 June 2012 ~ 0 comments


ITALI menjadi calon pilihan pada final Euro 2012 di Kiev, awal pagi Isnin ini, selepas menjinakkan Jerman 2-1 di separuh akhir, awal pagi semalam.
Semuanya gara-gara penyerang sukar diduga, Mario Balotelli yang menjaringkan kedua-dua gol menerusi tandukan deras dan sepakan padu pada separuh masa pertama.
Kecemerlangannya itu sekaligus memalukan pihak yang mengejek dan menghinanya kerana berkulit hitam.

Malah, dia menyelamatkan penyerang Eropah dengan memastikan kejohanan kali ini tidak mencatatkan satu rekod baru ketandusan gol.

Ringkasnya, Balotelli beraksi dengan cemerlang pada perlawanan separuh akhir Itali menentang Jerman, sekali gus menepati gelarannya sebagai Super Mario.

Jurulatih Itali, Cesare Prandelli yang menghambur pujian ke atas Balotelli percaya penyerang Manchester City itu mampu menyambung sengat di final nanti.
Ditanya sebagai pasukan pilihan di final, pengendali Itali, Cesare Prandelli tergelak dan berkata pasukan pilihan adalah Sepanyol kerana mereka sudah bersama untuk beberapa tahun dan mendominasi setiap perlawanan.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers