Arrow

Bapa rogol anak dipenjara 14 tahun, 10 sebatan

Posted by Admin ~ on Friday 29 June 2012 ~ 0 comments


KOTA KINABALU: Seorang penduduk tempatan yang merogol anak perempuannya sendiri dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen kelmarin.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.

Lelaki yang tidak diwakili oleh peguam, merogol anak perempuannya berusia 17 tahun pada 16 Jun kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Belud.

Dia melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebat dengan rotan.

Menurut fakta kes, mangsa yang tinggal serumah dengan ibu bapanya dirogol oleh bapanya sejak dia berumur enam tahun lagi.

Semasa kejadian, bapanya memintanya untuk memegang lampu suluh kerana dia mahu membina tandas di luar rumah mereka.

Mangsa yang hanya mengikut arahan bapanya tiba-tiba dipeluk oleh tertuduh sebelum memaksanya untuk menanggalkan pakaian dan kemudiannya merogolnya.

Pada 18 Jun, mangsa telah memaklumkan kepada gurunya tentang perkara itu yang selepas itu membuat laporan polis terhadap bapa mangsa.

Dalam rayuannya, lelaki itu meminta hukuman terhadapnya diringankan kerana dia mengaku bersalah terhadap perbuatan itu. Tertuduh juga memberitahu mahkamah dia juga mempunyai lima orang lagi anak untuk dijaga.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Aida Jaafar Mad Ariff yang bertindak sebagai pendakwa meminta mahkamah mengenakan hukuman berat kerana tertuduh melakukan kesalahan yang serius.

Beliau berkata tertuduh sepatutnya melindungi anak-anaknya dan bukan melakukan perbuatan itu.

Aida berkata tertuduh juga merogol anaknya sendiri sejak mangsa berumur enam tahun lagi dan ini membuatkan mangsa menjadi truma.

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

No comments:

Leave a Reply

Followers